Monday, June 20, 2011

Review Novel: Anaknya, Anakku Jua


Sebagai seorang lelaki, amat malu juga rasanya untuk mengakui bahawa aku ini amat suka membaca novel-novel Melayu, dan apabila sebut tentang novel Melayu, tentulah tak dapat lari daripada novel yang bertemakan CINTA!

Aku tak tahu apa yang peliknya bila seorang lelaki membaca novel CINTA, tetapi itulah pandangan sinikal yang aku hadapi dikalangan kawan-kawan aku. Apatah lagi, aku kini sedang menulis sendiri novel bertemakan CINTA (I Think I Love You).

Novel Anaknya, Anakku Jua (AAJ) ini merupakan novel tempatan pertama bertemakan CINTA yang dibeli sendiri oleh aku. Ianya yang Pertama! Sebelum ini novel-novel yang berada dalam koleksi aku kebanyakannya bertemakan thriller dan seram seperti novel-novel Ramlee Awang Mursyid, dan pengarang luar negara seperti Stephanie Mayer dan JK Rowling. Satu-satunya novel CINTA yang berada dalam koleksi aku adalah novel Ayat-Ayat Cinta, tetapi ianya bukan daripada pengarang tempatan. So, novel AAJ ini merupakan yang pertama!

Apa yang membuatkan aku nak beli sangat novel AAJ ini? Obviously, its because of the author! Author novel ini iaitu Anarif, atau nama sebenarnya Khairunnajah Md Ariff merupakan kawan lama aku di sekolah menengah dulu-dulu. Ini merupakan novel pertama beliau, dan aku sebagai seorang kawan amat berbangga (dan juga iri hati!) dengan beliau. Hee! ^^



 Berikut adalah sinopsis novel AAJ (dari kulit Novel):

Nisa' Hidupnya normal, mempunyai pekerjaan tetap, keluarga di kampung yang disanjung ramai, serta perhubungan yang direstui dengan teman lelaki yang bakal bergelar tunangannya beberapa bulan saja lagi. Satu panggilan telefon di hening pagi mengubah segala-galanya. Silamnya menjengah kembali, cuma kali ini, bukan tanpa kesan. Hadirnya bersama seorang bayi yang kini berada di dalam tangannya. Luka dulu berdarah kembali, bicara hati mula berbisik songsang. Apakah semuanya akan kembali normal? Mampukah Nisa' membuang prasangka silam dengan kehadiran Hana? Adakah Hana akan kekal bersama Nisa' walaupun ditentang hebat ibunya sendiri, Hajah Rubiah? Yang mana satukah pilihan Nisa'? Menjadi anak yang soleh, atau menjadi ibu mithali? “Sampai hati ummi… Hana yatim piatu, ummi. Berdosa kita membencinya!” Irfan Silamnya, itulah hidupnya. Kali pertama bertatap wajah, hatinya sudah terpaut. Bayi itu membuatkan dia tersenyum kembali. Pertemuan demi pertemuan membuatkan hati bertambah sayang. Sukarnya untuk dia melepaskan, sukar lagi untuk dia mengakui apa yang terlintas di hati. Tapi dia mula keliru. Kerana Hana dia begitu, atau kerana Nisa' dia berubah? Irfan tiada jawapan pasti, namun dia yakin. Hana dan Nisa' harus dilindunginya, selagi nyawa dikandung badan, walau apa juga taruhannya, walaupun dirinya menjadi korban. “Lepas kahwin, kita cerai. Jadi, awak boleh jaga Hana, kan?”


Review aku:

Aku memerlukan sekitar seminggu untuk menghabiskan novel ini. Ianya agak tebal, sekitar 660 muka surat. Personally, aku bukanlah  seorang yang jenis suka membaca novel yang tebal-tebal, kerana bagi aku, novel yang tebal ini selalunya mempunyai tendency jalan cerita yang draggy dan berulang-ulang. Dan bila keadaan ini berlaku, selalunya aku akan skip (tinggal/langkau) part-part yang tak penting, tak best dan mengantuk! Dan keadaan ini berlaku pada novel AAJ.


Plot

Jalan cerita AAJ dimulakan dengan Prolog watak Badri memutuskan hubungan cintanya dengan watak utama novel, iaitu Nisa'. Dan kisah pada bab 1 dan seterusnya tidak ada kisah tentang Badri, sebaliknya watak hero yang baru iaitu Daniel dan juga Irfan. Watak Badri telah mati dan meninggalkan seorang bayi bernama Hana yang telah diamanahkan oleh isteri Badri (yang juga meninggal dunia) kepada Nisa' untuk menjaganya.

Bermula dari sini, pelbagai konflik dan pergolakan dihadapi oleh Nisa' yang membawa kepada perpisahan hubungan Nisa' dan Daniel (yang sudah hampir bertunang, tapi tak jadi sebab Hana) dan hadirnya Irfan membawa jalan keluar kepada permasalahan Nisa. Mulai dari sini, jalan cerita AAJ sudah agak cliche. Ia berkisar tentang perkahwinan kontrak antara Nisa' dan Irfan.

Seperti kebanyakan novel Melayu yang pernah aku baca sebelum ini, perkahwinan kontrak berlaku atas sebab tertentu, bukan atas dasar cinta dan untuk satu tempoh yang ditetapkan. Dalam AAJ, Nisa' dan Irfan merancang untuk bercerai setelah sebulan berkahwin. Namun tak jadi apabila masing-masing jatuh cinta.

Walaupun jalan ceritanya agak cliche, namun pengarang berjaya menyulam cerita ini dengan baik sekali. Ia bukan hanya berkisar pada watak Nisa', Irfan dan Hana sahaja. Kehadiran watak-watak yang lain seperti watak antagonis, Shila, Bakar dan Riani dan perwatakan tegas Hajah Rubiah (ibu Nisa') serta konflik kekeluargaan antara Hajah Rubiah dan Nizar mewarnakan lagi jalan cerita AAJ.

Rasanya jalan cerita AAJ boleh menjadi lebih dramatik lagi jika  watak Bakar dan Riani dikembangkan dan watak Shila menjadi lebih jahat, tentunya konflik yang dihadapi oleh Nisa' akan menjadi lebih hebat. Mungkin ini akan lebih meninggalkan kesan kepada aku yang membacanya.


Gaya Bahasa

Aku personally sangat suka dengan gaya bahasa dan stail penceritaan Anarif. Ia menggunakan gaya bahasa yang ringkas dan tidak berbunga-bunga. Ia adalah gaya bahasa urban dan apa yang aku dapat lihat, ia adalah identiti penulis ini. Anda akan perasan jika membaca karya-karya Anarif yang lain di blog beliau.

Cuma yang aku tak suka, dialog-dialog yang dituturkan oleh watak-watak dalam novel ini kebanyakannya adalah dalam bahasa Inggeris and....many of them are in full sentences, maksudnya ia bukan sekadar Manglish, tetapi full English dari awal hingga akhir ayat. Rasanya inilah novel Melayu pertama yang aku baca mempunyai terlalu banyak dialog bahasa Inggeris dan aku tidak gemarkannya.


Overall

Keseluruhannya, aku berpuas hati dan amat suka dengan novel ini. Banyak adegan atau scene dalam novel ini yang mampu membuatkan aku tersenyum sorang-sorang dan merenggut emosi, bagaikan aku sendiri yang berada dalam cerita itu. Malah dalam sesetengah scene, aku dapat beremosi bagai menonton drama Korea pun ada! Yang penting ada ilmu dan pengajaran yang boleh dijadikan iktibar dari cerita ini.

p/s: review ini adalah dari kacamata seorang pembaca LELAKI. Ia mungkin tidak sama dengan apa yang para pembaca WANITA rasakan. Tambahan pula aku adalah budak ENGINEERING, jadi mungkin tak sama dengan apa yang orang SASTERA nampak. Jadi minta maaf jika ada yang tak berpuas hati dan sila betulkan jika ada yang salah.


update: setelah mendapat clarification drp penulis dan setelah menyelak semula novel AAJ, ternyata aku telah tersilap paham! Perkahwinan antara Nisa' dan Irfan bukanlah sebuah perkahwinan kontrak. Perjanjian supaya mereka bercerai setelah sebulan berkahwin hanyalah janji-janji mulut sahaja. Satu-satunya kontrak yang dibuat adalah kontrak untuk mengambil Hana sebagai anak angkat. Ternyata aku telah keliru antara kontrak ini dengan perjanjian mulut mereka!

.

6 comments:

  1. terima kasih atas review ikhlas dari anda, wahai encik Billy. I really appreciate it. ;)

    Oh, by the way, better ko link kan blog aku yg lg satu, The Other Side of Me tu sbb yg ko link kat cni, My Art Pieces, aku dh privatekan sbb aku nk guna satu blog je lepas ni. hahahha.

    Again, thanks for the review! Nak pinjam and copy paste ke blog and fb. boleh? thanks!

    ReplyDelete
  2. anarif: u welkam..mintk maaf kalu ada yg x betul..1st time kot aku buat review pasal novel, aku pn bukannya reti sgt...just apa yg aku rsa jer..

    kalu nk copy paste ke nk share ke silakan. no hal! boleh2..hehe...

    ReplyDelete
  3. oho. tgh berfikir2 untuk beli novel ni.
    and.. yeah, agak pelik lah lelaki baca novel sbb mungkin lelaki ni kurang sikit dengan perkara2 yg melibatkan emosi.
    u r UTPian rite?
    haha. nice2.
    btw, thanx for the review.

    ReplyDelete
  4. welkam...review just mengikut rasa jer,bukan review sorg yg professional..hee hee~
    and yeah, i'm ex-UTPian,
    thank you for dropping by..

    p/s:belilah novel AAJ. skrg tgh top di carta Popular dan MPH

    ReplyDelete
  5. bangga dgn anda krn minat baca novel melayu edisi cintan cintun..lucu pun ada gak sbb aku yg pmpuan ni pun x berapa minat bc novel cinta (klu yg mengarutlah).hehehe..

    ReplyDelete
  6. Did you hear there's a 12 word phrase you can tell your man... that will induce deep emotions of love and instinctual attractiveness for you buried inside his heart?

    That's because deep inside these 12 words is a "secret signal" that fuels a man's instinct to love, idolize and look after you with his entire heart...

    12 Words Will Fuel A Man's Desire Instinct

    This instinct is so built-in to a man's genetics that it will drive him to try better than ever before to do his best at looking after your relationship.

    Matter-of-fact, triggering this all-powerful instinct is absolutely important to achieving the best possible relationship with your man that once you send your man a "Secret Signal"...

    ...You'll instantly notice him open his mind and heart for you in a way he's never expressed before and he will recognize you as the only woman in the galaxy who has ever truly fascinated him.

    ReplyDelete