Friday, April 22, 2011

I Think I Love You : Bab 6



Selesai waktu persekolahan, aku terus pulang ke rumah sewa yang terletak di Precint 12, Putrajaya. Nampaknya, aku orang pertama yang sampai di rumah hari ini. Housemate aku, Tirah, Syifa dan Syada masih belum kelihatan. Aku terus masuk ke bilik dan merebahkan badan di atas katil.

Aku capai laptop lalu aku cucuk Celcom broadband modem ke USB port. Tak lama kemudian aku terus buka laman Facebook yang dah lima hari aku tak update. Sebenarnya, aku taklah terlalu excited untuk mengemaskini laman Facebook aku tentang rombongan lawatan sambil belajar ke Langkawi kira-kira lima hari yang lepas, sebaliknya aku lebih teruja untuk mencari profile seseorang dalam senarai friend’s list aku.

Aku klik pada akaun yang menggunakan ID ‘Billynain’. Memang betul, inilah page yang aku cari-cari. Ah, kenapalah aku tak perasan dari dulu lagi? Jahatnya kau wahai Norman Gentle. Aku senyum sendiri mengenangkan peristiwa ketika kami sama-sama makan malam dua hari yang lepas di Pulau Langkawi.

“ Kita dah sampai” . 

Aku masih membatu.

“ Nak suruh saya bukakan pintu ke?”

Automatik aku tarik pedal pintu dan keluar dari kereta. Tak lama kemudian, Norman turut sama keluar dari perut kereta.

“ Sorilah kereta buruk. Saya tak dapat cari kereta sewa lain.”

Memang pun! Setakat Kancil buruk tu, takde kelas langsung. Dahla air-cond rosak, habuk banyak pula tu. Aku kesat peluh di dahi dengan belakang tapak tangan.

“ Nah”

Aku terkejut. Sehelai sapu tangan dihulurkan. Aku menggeleng.

“ Tak payahla. Sikit saja ni. I’m ok.” Jawabku perlahan.

Tanpaku duga, Norman terus mengesat peluh di dahiku. Aku terkejut beruk, sehinggakan aku tergamam dan tak mampu berbuat apa-apa. Buat seketika, aku ter 'feeling' macam dalam drama Korea pula. Bila anak mata kami bertembung, aku bawak lari mata arah ke lain. Debaran di hati, hanya Tuhan yang tahu.

“ Awak ok?”

Aku angguk perlahan. Aku tak apa-apa. Aku ok. Aku tengah blushing je ni.

“ I’m ok.”

“ Then, shall we?”

“ Uh?’

“ Kan kita datang sini nak diner”

Aku bontoti langkah Norman dari belakang. Aku tak pasti restoran mana yang ingin dibawanya. Cuma yang aku pasti, kini kami berada di Teluk Marina Harbour Park. Aku dibawa  melintasi sebuah jambatan indah yang dibina dengan senibina Inggeris. Sambil melintasi jambatan tersebut, aku sempat membuang pandangan ke kawasan teluk. Kelihatan kapal-kapal pelayaran mewah memenuhi kawasan marina. Di bahagian tengah marina pula, aku dapat melihat dengan jelas rumah api yang sedang berkelip-kelip. Deru angin laut sedikit galak, tetapi cukup mendamaikan. Sekurang-kurangnya gemuruh di hatiku kini beransur-ansur reda.

“ Malam ni kita makan makanan Perancis nak?”

Aku kerutkan dahi. Aku nak makan Maggie je sebenarnya.

“ Don’t worry. My treat..”

Aku lihat Norman kenyit mata kanannya ke arahku. Bibir mungilnya masih merekah senyuman. Senyuman yang boleh membuatkan jantungku berhenti berdenyut.

“ Saya follow je.”

Aku dibawa ke restoran ‘The France Oven’. Saat kaki menjejak masuk ke dalam restoran, mataku terbuntang luas memandang hiasan dalaman restoran yang aku kira sangat mewah dan eksklusif. Tak pernah dalam seumur hidupku menjejakkan kaki ke tempat seperti ini. Akhirnya kami di duduk di sebuah meja yang hanya mempunyai dua kerusi. Di atas meja pula, hanya terdapat dua gelas air kosong dan dua batang lilin merah yang diletakkan di bahagian tengah meja beserta dengan dua buku menu.

‘Candle light dinner kah ini?’ Soalku di dalam hati.

Tidak lama setelah kami duduk, seorang pelayan yang aku kira berbangsa Perancis datang untuk mengambil pesanan. Yang paling aku tidak sangka adalah, pelayan tersebut mampu berbahasa Melayu dengan amat fasih sekali.

“ Awak nak makan apa?”

Aku pandang Norman di depan dan buku menu di atas meja bersilih ganti. Tak lama kemudian aku garu hidung. Ni penyakit lama aku.

“ Saya ikut jelah apa yang awak makan.” Jawabku setelah lama berfikir.

Setelah membuat pesanan, keadaan seakan sepi seketika. Baik aku mahupun Norman, hanya diam melayan rasa masing-masing. Aku lihat Norman di depan, dia lihat aku balik dengan pandangan yang tajam. Pandangan yang  begitu meninggalkan kesan di dalam kotak memoriku, dan perlahan-lahan memasuki hatiku lalu meninggalkan rasa hangat di situ. Bila anak mata kami bertembung sekali lagi, aku cuba bertahan. Aku tak mampu, akhirnya aku tewas. Aku teguk air kosong di atas meja bagi membendung perasaan malu.

“ Kenapa pandang saya macam tu?” Soalku.

“ Awak pun, kenapa pandang saya macam tu tadi?”

Gulp! Gulp! Aku telan air liur. Tekak aku terasa kering. Aku tak mampu nak jawab soalan tu.

“ Baiklah, saya pandang awak sebab awak cantik”

Darah merah terasa menyirap ke muka. Aku merona kemerahan. Aku pandang sekilas Norman di hadapan. Jaket kulit hitam yang disarungkannya membuatkan his manly look very perfect. Tapi aku terperasan sesuatu..

“ Saya pandang awak sebab, erm…sebab, tu..”

Aku tuding jari ke arah tompokan putih pada leher Norman. Aku lihat Norman dengan gelabah mengesat tompokan putih itu dengan tapak tangannya.

“ Eh..hehe, saya terlebih letak bedak pula.”

Norman tersengih lagi bagai kerang busuk. Kepalanya digaru-garu bagai orang bodoh. Aku mengoyak senyuman.

“ Awak dah banyak berubah kan”

Norman jungkit kening kanannya.

“ Dulu awak boroi.” Norman angguk.

“ Dulu awak macam ni..” Aku buat gaya tangan terkepak. Norman angguk lagi.

“ Tapi sekarang awak lain. Lain sangat, sampaikan saya hampir tak kenal awak”

Aku tenung muka Norman yang serius.

“ People change as time pass by. Samala macam awak. Awak pun dah berubah sangat.”

“ Dulu awak tomboy.” Aku angguk.

“ Dulu awak kaki buli.” Aku angguk lagi.

Aku tahu, dulu aku dalam kategori liar dan sosial tak bertempat. Aku tak endah pantang larang dalam bersosial. Aku tak paham apa itu erti tanggungjawab, apa itu nilai-nilai keagamaan. Tetapi alhamdulillah, kerjaya sebagai seorang guru kini telah menyedarkan aku akan hal itu.

“ Tapi saya pelik, macam mana awak boleh still kenal saya masa dekat kedai semalam? Saya langsung tak cam muka awak”. Soalku.

Aku terdengar Norman ketawa kecil sambil mengangguk-angguk kepalanya. Jari dipetik.

“ Saya selalu ikut perkembangan awak. Boleh kata setiap benda yang awak buat saya tahu. Awak datang bercuti dekat pulau ni pun saya tahu tau”

“ Erk, how?” Aku terkejut katak. Nasib baik tak mati katak.

“ Sekarang kan zaman muka buku..”

“ Huh?” Aku tak faham.

“ Facebook, facebook awak tu. Saya bukak tiap-tiap hari. Awak kan sangat rajin update status..”

 Aku diam membisu. Hujung bibir digigit. Ah, malunya, geram pun ada.

“ Kalau awak tak percaya, cuba cari nama ‘Billynain’ dalam senarai friend’s list awak”

Aku tersenyum. Aku tutup laman Facebook aku lalu aku offkan laptop. Aku kembali berbaring di atas katil. Aku tak tahu kenapa hati aku terlalu berbunga riang saat ini. Aku tak mungkin akan melupakan peristiwa makan malam bersama Norman tempoh hari.

“ I miss you my Norman…Gentle.”

Kataku perlahan-lahan sambil berguling-guling di atas katil.

 Tidak lama kemudian, aku terjatuh katil pula.


bersambung.....

.

.

9 comments:

  1. haha! jatuh katil..haha! tu lah berangan! hehe! nak lagi..nk lagi..cepat2... :)

    ReplyDelete
  2. cik sheera: will keep updating soon. stay tune! hehe

    ReplyDelete
  3. haha berangan tak hengat!
    nex plis....

    ReplyDelete
  4. tetiba plak tersangkut kt blog nie...
    ehehehe...
    waiting 4 the next chapter...^^

    ReplyDelete
  5. dear Billy, plis bab 7 cepat sikit..waitin

    -farah-

    ReplyDelete
  6. hahahaha! klu buat ayat jatuh tu dramatik sikit mesti lg best. dgn readers skali terhantuk kat meja. hambik. hahaha

    ReplyDelete
  7. anarif: aku x bape pandai la nk buat ayat dramatik nih..sifu, bleh tolog hajar kan? hehe

    ReplyDelete