Wednesday, January 26, 2011

I Think I Love You : Bab 3


“ Cikgu, jom ambil gambar sekali!” Laung Aiman.

“ Cikgu, jangan ambil gambar dengan Aiman. Dia tu busuk! Ambil gambar dengan kitorang je cikgu.” Laung Nabila pula sambil disambut oleh gelak tawa dari Amirah dan Syuhada.

“ Eh, kau cakap aku busuk? Aku seligi kang..!!” Aiman tak puas hati.

“ Amboi-amboi, banyak cantik muka kau nak seligi aku?” Nabila sudah mula mencekak pinggang. Membulat matanya sambil bibir diketap kuat.

Aiman ketawa sinis. “ Muka aku memang cantik pon, bukan macam muka kau penuh dengan kawah gunung berapi!”

“Woi!” Nabila hilang sabar.

“ Apa main tolak-tolak ni..woi!!” Aksi tolak menolak terjadi di antara kedua-dua orang pelajar itu. Manakala Amirah dan Syuhada pula menjadi tukang soraknya.

Aku yang dari tadi sekadar menjadi pemerhati terus geleng kepala. Budak-budak ni, aku jentik telinga sorang-sorang baru tau. Asyik nak gaduh saja. Tak boleh dibiarkan ni, aku segera mempamitkan diri ke arah mereka.

“ Sudah, sudah. Cikgu tak nak kamu bergaduh dekat sini!” Aku segera memberi arahan, tetapi tidak diendahkan oleh budak-budak tu. Pergaduhan masih berlarutan menyebabkan aku hilang sabar.

“ SUDAH!!!...berhenti bergaduh!” Akhirnya, aku pulak yang terjerit di situ. Keadaan sepi seketika. Tiba-tiba pula menjadi hening semacam. Aku dapat melihat orang ramai yang berada di tempat awam itu sedang memandang ke arah aku. Kuat sangatkah aku menjerit tadi? Adoi...

Aku tunduk kepala ke bawah. Mata kupejamkan seketika. Segumpal nafas dihembus. Aku terpaksa tebalkan muka. Sejurus aku kembali mengarah pandangan ke arah anak-anak muridku. Biarlah apa orang lain nak kata...aku bukan saja-saja nak menjerit.

Ya, ternyata jeritan keramat aku sebentar tadi ada hikmahnya. Pergaduhan itu terhenti. Aiman menurunkan tangannya yang sedang menarik rambut Nabila. Manakala Nabila pula segera menarik tangannya yang sedang memulas dua ulas telinga Aiman.

“ Kenapa bergaduh ni? Tak malu ke orang ramai tengok ni?” Soalku, tetapi mereka hanya mendiamkan diri.

“ Aiman, kalau macam ni perangai kamu, cikgu tak nak bawa dah kamu ke mana-mana rombongan lepas ni. Hari tu, kamu janji apa dengan cikgu?”

Aiman masih menundukkan kepala. “ Saya janji tak akan nakal.”

“ Habis tu?”

“ Dia cakap saya busuk!” Aiman mengunjukkan tangan ke arah Nabila.

“ Dia cakap muka saya macam kawah bulan!” Nabila kembali menarik telinga Aiman dan Aiman pula menarik rambut Nabila. Pergelutan tercetus kembali.

“ Haa... nak mula dah. Cukup! Kamu nak cikgu campuk kamu ke bawah gunung ni?” Aku menggertak pula dengan suara nyaring. Pergelutan itu terhenti lagi. Namun tiba-tiba aku terdengar ketawa seseorang entah dari mana.

Aku toleh ke belakang. Cikgu Akmal rupanya...sedang bergerak menghampiri aku dan budak-budak tu.

“ Garang sungguh cikgu kita yang sorang ni.”

Aku pandang seketika wajah sinis Cikgu Akmal. Ada senyuman di hujung bibirnya. Nak mengejek aku lah tue..

“ Okey, macam nilah semua...kita tak payah gaduh-gaduh. Kita ambil gambar sekali okey. Kita datang sini bukan nak gaduh-gaduh, kita nak tengok keindahan alam semula jadi, nak tengok kebesaran Tuhan.” Cikgu Akmal memberi syarahan pula kepada budak-budak tu.  

Aku tinggalkan Cikgu Akmal dengan budak-budak tu. Biar dia tahu macam mana susah nak layan karenah mereka. Aku malas nak ambil pusing. Aku ayun kaki ke arah pelantar pemerhatian.

Aku buang pandangan ke arah lautan biru yang saujana mata memandang. Pemandangan Laut Andaman yang disinari limpahan kuning mentari begitu mempersona. Aku toleh pula ke arah barat. Pemandangan keseluruhan Pulau Langkawi begitu jelas dari puncak Gunung Machinchang ini. Di hujung kaki gunung, menghala ke puncaknya, kelihatan cable car sedang meluncur membawa para pelancong yang rata-ratanya pelancong asing. Dari jauh juga aku dapat melihat gugusan pulau-pulau kecil yang mengelilingi pulau besar Langkawi. Sungghuh cantik dan mendamaikan. Aku rakam pemandangan indah Pulau Langkawi ini  menggunakan handsetku.

“ Cikgu Syafiqah!”

Aku tersentak. Siapa pulak? Haish baru nak layan blues tiba-tiba pula ada orang mengacau.

“ Hai, jauh mengelamun. Senyum sorang-sorang pulak tu”

“ Eh, Cikgu Akmal.” Aku membetulkan tudung yang sedikit lari ditiup angin gunung.

“ Takdelah, saya tengah syok tengok pemandangan ni. Cantikkan”

Aku lihat Akmal mengangguk kepalanya sambil membuang pandangan ke depan. Aku jarakkan sedikit diriku daripada Akmal yang aku kira berdiri begitu rapat disebelahku. Aku tahu Akmal ada menyimpan perasaan terhadapku, cuma aku saja yang malas melayannya.

“ Cuba teka, berapa tinggi gunung ni?”

Aku garu hidung. Ini bukan sebab resdung, tapi sebab aku tak tau jawapan kepada soalan yang ditanya oleh Akmal sebentar tadi. Tiba-tiba pulak soalan pengetahuan am, manalah aku reti.

“ Manalah saya tahu”

“ 843 meter, kurang sedikit dari gunung Raya yang ada dekat sana tu. Atau lebih kurang sama dengan ketinggian dua Menara Berkembar Petronas jika disatukan.”

“ Ooo..”

Aku terangguk-angguk. Mulut aku terlongo membentuk huruf ‘O’. Aku tak tahu sama ada aku kagum atau sebaliknya.

“ Orang cakap kalau dekat atas puncak gunung ni, kalau kita buat hajat, hajat kita akan tercapai”

Aku kerut dahi. Kening kanan dan kening kiri bertaut. “ Iye ke? Itukan tahyul. Mana boleh percaya benda-benda macam tu.”

“ Saya tak kata benda tu betul. Tapi orang-orang kat sini yang cakap macam tu. Ada bran?”

Akmal kenyit mata ke arahku. Aku lihat Akmal kemudiannya memejamkan matanya seolah-olah bertafakur dan memasang hajat. Aku buat perkara yang sama. Dalam hati, aku berdoa semoga suatu hari nanti aku dapat bertemu dengan Norman. Itu hajat aku.

“ Ya Allah, semoga KAU memakbulkan hajatku ini”


bersambung... 


6 comments:

  1. wow .. i like !!!!
    =)

    boleh buat cerpen ..
    =)

    ReplyDelete
  2. tenkiu...sudi2 lah membacanya ya!

    ReplyDelete
  3. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Kajang Pak Malau kajang berlipat,
    Kajang hamba mengkuang layu,
    Dagang Pak Malau dagang bertempat,
    Dagang hamba Tumpang lalu

    Salam kunjungan salam ziarah…. Thanks kerana berkongsi story pada kami. Salam sebuah persahabatan salam satu perkenalan dari blog kami... Moga kami mendapat maklum balas dan respont yang baik dari blog anda...

    ReplyDelete
  4. harap syafiqah dpt jumpa ngan norman...

    ReplyDelete
  5. hahahaha. komen first x leh blah. selalu cerpen aku orang cakap, "Boleh buat novel", awat hang punya novel org ckp "boleh buat cerpen?" sungguh pelik para pembaca sekalian. ^o^ anyway, this is a noce story encik billy!

    ReplyDelete