Monday, January 17, 2011

I Think I Love You : Bab 2

7 Tahun Berlalu


Aku capai sekeping gambar yang aku simpan di dalam diari aku. Dah sembilan tahun aku simpan gambar tu. Aku tatap gambar tu lama-lama. Gambar aku dengan Norman di tepi pantai, gambar yang membuatkan aku berpantang arang dengan Norman satu ketika dulu. Aku akui gambar itu memang cantik, pemandangan di pantai Sepang Gold Coast melatari aksi kami yang gila-gila di hadapan kamera. Waktu itu aku persis lelaki, penampilan aku sebijik macam lelaki dan Norman, walaupun lembut, tidak pernah sekali dia berpenampilan seperti perempuan.

Aku pusing gambar itu kebelakang. Aku baca kalimat yang ditulis dengan tinta merah di atasnya.

 ‘ I think I love you’

If you do love me, please return back this pic to me tomorrow. 

Sincerely…Norman.’

Hatiku sebu tiba-tiba. Aku sedih. Aku marah dengan diriku kerana memperlakukan Norman sebegitu. Andai masa dapat dipugar kembali, dan aku yang dulu adalah aku yang kini, tidak mungkin aku akan menolak cinta Norman. Aku tahu Norman terluka.

“ Awak..”

“ Awak?” Aku mengekek. Geli hati. Tak pernah-pernah, tiba-tiba pula si Norman ni panggil aku dengan panggilan ‘awak’.

“ Janganla gelak. Mak..erm..aku, erk.. sa..saya tengah nak serius ni”

Sejak bila pulak si Norman ni gagap. Aku garu kening. Musykil. Aku pandang Norman dari atas ke bawah. Wah, rambut siap belah tepi lagi. Penampilan Norman berbeza sangat dengan kemeja hitam berjalur putih lengan panjang dengan seluar slack hitam yang begitu lendik diseterika. Buang tabiat kot.

“ Kau pehal?”

“ A..awak tak pulangkan pun gambar tu semalam?”

“ So?” Kening kiriku terjungkit.

“ Awak terima tak hati saya?”

Aku bangun berdiri. Dua jari kuhalakan kedalam mulut tanda nak termuntah. Aku ketawa sinis akhirnya. Aku capai gambar yang dimaksudkan dari dalam beg lalu aku layangkan di hadapan muka Norman. Aku lihat air muka Norman berubah.

“ Kalau ada hati nak kapel dengan aku, cermin diri tu dulu!!”

Aku hempas gambar ke dada Norman. Norman lantas mencapai gambar tersebut dari melayang ke bumi.

“ Kau sedar tak kau tu macam apa? Macam sotong! Entah sotong lagi keras dari kau. Kau tengokla diri kau, apa kau nak orang gelakkan aku ke ada balak macam kau?”

Aku tunjal-tunjal bahu Norman. Norman hanya diam membisu. Norman memandangku dengan pandangan yang redup. Keningnya bertaut.

“ Saya sedar siapa diri saya, tak payahlah awak nak ingatkan saya”

Norman berdiri dari duduknya. Dia memerhatikan aku seketika. Entah  mengapa lidahku kelu saat itu.

“ Takpelah..awak simpan gambar ni. Apa yang saya tulis dekat gambar ni saya tak tipu”.

Ada nada sendu pada suara itu. Norman meletakkan gambar tersebut di atas beg sandangku. Norman melangkah pergi tanpa sekalipun menoleh ke arahku.

Itulah kali terakhir aku melihat Norman. Keesokkannya Norman berpindah sekolah. Puas aku mencari Norman selepas itu namun semua usahaku gagal. Aku benar-benar merasakan kehilangan seorang yang bernama Norman a.k.a Norman Gentle. Kini setelah tujuh tahun, aku akui ada rasa kasih yang membenih terhadap lelaki itu.

“ Cikgu Syafiqah !!”

Lamunanku terhenti. Siapa pulak? Aku cukup pantang kalau aku tengah feeling ni ada orang kacau. Diari di atas meja ditutup lantas aku masukkan kedalam laci meja. Aku toleh kebelakang.

“ Astaghfirullahhalazim..Aiman lain kali bagi salam dulu. Jangan main sergah macam ni saja.”

Aku jegil mata ke arah Aiman, murid tahun enam yang boleh tahan nakalnya. Aiman sengih nakal ke arahku.

“ Cikgu, saya nak ikut jugak rombongan tu”

Aku garu kepala yang tak gatal. “ Kan cikgu dah cakap, penyertaan ditutup. Hari tu, kenapa kamu tak daftar awal-awal?”

“ Ala, saya tak tau cikgu. Tolonglah saya cikgu, tolongla, tolongla”

Aku menggeleng.

“ Cikgukan baik. Aiman saaaayang cikgu!”

Aku masih lagi diam, namun tidak menggeleng. Pandai pulak budak ni mengampu. Kesian pun ada. Nak terima ke tak? Oh ya, semalam cikgu Azizah cancel. Dia cakap tak jadi nak ikut sebab perlu berkursus di Kuantan selama seminggu. Aku akhirnya mengangguk perlahan.

“ Yeayy!!”

Aiman melompat kegirangan.

“ Tapi janji dengan cikgu, jangan nakal-nakal”

“ Janji!!” Aiman angkat tangan kanannya ke atas tanda berjanji.

Dan aku hanya tersenyum singkat.

bersambung.....


.

3 comments: