Tuesday, July 26, 2011

Cerpen : Azalea Natasha


PROLOG

“ Lea berdosa Umi, Lia rasa bersalah. Kalau bukan kerana Lea, benda ni tak kan jadi…” Tangis Azalea dalam sendu. Tangisannya semakin menjadi-jadi dek kehibaan yang melampau.

Umi Zainab yang berada di sisi hanya mengusap-usap lembut jemari gadis tersebut. Bagi Umi Zainab, biarlah Azalea berterusan menghamburkan segala yang terbuku di hatinya terlebih dahulu, biar segala masalah terungkai dan terlerai.

“ Jahat sangatkah Lea, Umi? Kenapa Lia tak boleh jadi baik macam orang lain? Macam Umi? Kenapa Umi?” Azalea teresak kuat. 

Kepalanya dihantuk sendiri berulang kali pada dinding bilik itu. Bagai dirasuk lagaknya. Umi Zainab pantas meraih tubuh Azalea lalu di bawa ke dalam dakapannya. Azalea terus mendendangkan lagu sendu.

“ Lea, setiap orang dilahirkan secara fitrahnya baik, suci dan bersih dari segala dosa. Lea tak jahat..”

“ Tapi Lea memang jahatkan Umi?.” Azalea pantas memotong percakapan Umi Zainab. “ Lea pembunuh. Lea seorang pembunuh umi! Lea bunuh aa..”Azalea tidak dapat meneruskan kata-katanya.

“ Lea, setiap orang berhak untuk diberi peluang kedua. Masih belum terlambat untuk Lea berubah, berubah menjadi seorang yang lebih baik. Tuhan masih sayangkan Lea, sebab itu Dia hantar Lea ke sini.” Ucap Umi Zainab sambil mengusap-ngusap kepala Azalea.

 “ InsyaAllah Lea boleh berubah.” Sambungnya lagi.

******************************************

“ WEI bro, bagi aku itu barang satu !” Laung Azalea ke arah Robert. Kepalanya masih tersengguk-sengguk mengikut rentak lagu yang dimainkan di kelab malam itu. Tangannya liar melingkar disekeliling tubuh Iskandar, teman lelakinya sambil kaki dikinja-kinja.

Robert yang turut terkinja-kinja bersama pasangannya, seorang datin pertengahan umur segera menggesel-geselkan jemarinya. “ Fulusnya ?” Soal Robert.

“ Berkira dowh. Gua dah kasi duit bapak gua semalam tarak cukup ka?” Azalea tak puas hati.

“ No money, no pills la !!” Balas Robert ringkas.

Akhirnya Azalea mengalah. Sekeping not RM 50 dimasukkan ke kocek Robert dan sebungkus plastik kecil berisi beberapa biji pil bertukar tangan.

“ Baby, I nak sebiji.” Pinta Iskandar setelah urusan jual beli selesai. Tangannya masih liar melingkar di tubuh Azalea.

“My pleasure !”

Sebiji pil berwarna merah jambu dihulurkan kepada Iskandar. Iskandar gembira bukan kepalang. Lantas tubuh Azalea dicempungnya lalu di bawa ke satu sudut gelap di kelab malam itu. Bunyi muzik yang bingit ditambah dengan temaram suram lagi kelam cahaya lampu disko, seolah merelakan perlakuan sumbang mereka di sudut gelap itu.

PAKAIAN sendat dan mini skirt pantas dilondehkan. Azalea menyarung pula blaus hitam dan t-shirt lengan panjang ke tubuhnya. Setelah itu dililitkan sehelai selendang menutupi kepalanya. Pakaian yang dilondehnya tadi, dimasukkan ke dalam beg galas. Selesai, Azalea bergegas mendapatkan Iskandar yang sudah menunggu di kawasan parkir.

“ Cepat Is, hantar I balik. I takut papa I dah sampai rumah .”

Iskandar pantas memecut laju motorsikalnya, membelah kehangatan malam yang sehangat adrenalin jiwa muda mereka. Sampai di banglo tiga tingkat milik Datuk Roslan, Azalea mengurut dada, lega kerana papanya masih belum sampai di rumah.

“ Baby, esok I ada race. I datang ambil U macam biasa OK?” Soal Iskandar.

“ Orait. I tunggu U esok.” Azalea tayang pipinya ke arah Iskandar.

Iskandar memandang Azalea pelik.

“ Nak suruh I kiss ke?”

Azalea angguk.

Wajah Iskandar berubah riak. Diperhatikannya keadaan sekeliling kawasan itu.

“ Well baby, this is public. Not nice.”

“ Alah U ni...bukannya ada orang nampak!”

“Hmm..esok-esok ajelah.” Balas Iskandar ringkas sebelum memecut laju motorsikalnya meninggalkan perkarangan banglo itu.

Azalea hampa.

--------------------------------------------

 “ PAPA”

Lea mengetuk pintu bilik papanya. Datuk Roslan masih tekun meneliti beberapa dokumen di atas meja.

“ Azalea Natasha..hurm, masuklah.”

“ Papa, Lea nak cakap sikit.” Azalea mengurut perlahan bahu papanya.

“ Pasal duit?”

“ Ala papa..! Macam tau-tau saja.” Azalea menumbuk-numbuk manja bahu papanya.

“ Dah namanya anak papa, mestilah papa tahu. Berapa Lea nak. Nak buat apa?” Soal Datuk Roslan sambil meletakkan pen di atas meja.

“ Lea ingat nak beli dress baru. Pastu Lea nak bayar yuran kolej dan yuran lawatan ke Langkawi minggu depan.”

Datuk Roslan tak banyak soal, hanya mengangguk, lalu mengeluarkan dompetnya  dari laci meja. Dalam hati, Azalea bertepuk riang. Datuk Roslan menghulurkan beberapa keping not RM 100 kepada anak tunggalnya itu.

“ Cukup tak?”

Azalea mengira-ngira wang yang dihulurkan kepadanya. Senyuman dikoyak.

“ Nak sekeping lagi, boleh tak papa?”

**************************

KEADAAN di sekitar Persiaran Surian, Kota Damansara kelihatan gegak gempita dengan bunyi deruman motorsikal milik mat-mat rempit yang datang dari sekitar Kuala Lumpur. Sekitar lima belas buah motorsikal telah berbaris di garisan permulaan, menanti untuk memulakan perlumbaan. Sorakan daripada para penyokong menggamatkan lagi suasana.

Bro Acis, penganjur perlumbaan, sudah bersedia di garisan permulaan.

“ 3...2…1..Go!!” Bendera dikibarkan oleh bro Acis dan serentak dengan itu para pelumba menderu laju meninggalkan garisan perlumbaan.

“ Iskandar, I love you !! Make sure you win !!” Jerit Azalea ke arah Iskandar. Iskandar sempat lagi melemparkan ‘flying kiss’ ke arah Azalea sebelum meluru laju ke hadapan.

Sejam berlalu, Azalea menanti penuh debar di garisan penamat. Tidak lama kemudian, kelibat sebuah motorsikal kelihatan sayup-sayup dari  hujung jalan. Para penyokong mula berkumpul dan bersorak. Azalea yang seketika tadi duduk, turut bangun bersama. Kelihatan dua buah motorsikal sedang bersaing antara satu sama lain. Azalea pasti salah satu dari motorsikal itu milik Iskandar, manakala sebuah lagi milik Zul Black. 

Azalea terdorong ke hadapan lantas menjerit untuk memberikan sokongan kepada Iskandar.

Motorsikal milik Iskandar sedang mendahului Zul Black. Perlumbaan tinggal kira-kira 100 meter sahaja lagi. Menghampiri ke garisan penamat, Zul Black masih belum berputus asa dan akhirnya berjaya memintas Iskandar di saat-saat akhir. Para penyokong Zul Black bersorak kegembiraan.

“ Is sayang, tak pe U can try next time.” Azalea cuba memujuk Iskandar yang kelihatan berang dengan kekalahannya. Tangan Azalea yang cuba menyentuhnya ditepis dengan kasar.

“ Sayang, please jangan macam ni.” Azalea masih cuba memujuk, namun dia terkejut bila dirinya ditarik tiba-tiba dari arah belakang.

“ Wei !!” Azalea bergelut untuk melepaskan diri. Zul Black sedang mencengkam kemas lengannya. Dirinya ditertawakan oleh para pengikut Zul Black.

Azalea meludah ke arah Zul Black apabila Zul hampir mencium pipinya.

“ Wah, bukan main liar lagi ikan betina ni. Ni yang buat gua LAGI GERAM !!” Sekali lagi pengikut Zul Black ketawa beramai-ramai.

“ Is, tolong I Is.” Rayu Azalea, namun Iskandar hanya membatukan diri.

Zul Black ketawa sinis. “ Kalau kau nak tahu, balak yang kau sayang sangat ni, dah bet dengan aku. Kalau aku menang, aku dapat kau. Aku dah menang tadi, so kaulah habuannya !”

Azalea terkejut. “ Is ?” Azalea cuba mendapatkan kepastian.

“ I’m sorry.” Jawab Iskandar sambil berlalu mendapatkan motorsikalnya.

-------------------------------

BANGLO mewah tiga tingkat di Taman Tun Dr Ismail itu kelihatan sepi. Hanya lampu di balkoni tingkat dua dan tiga yang kelihatan terpasang. Kereta Porshe milik Datuk Roslan telah  tersadai di ruang depan rumah.

Seketika tadi, Azalea berjaya melarikan diri daripada menjadi habuan beramai-ramai para pengikut Zul Black. Mujur ketika dirinya hampir dilarikan, pihak polis tiba-tiba melakukan serbuan, menyebabkan para mat rempit lintang pukang melarikan diri. Melihat keadaan yang kelam kabut itu, Azalea pantas melompat turun dari motorsikal Zul Black dan lantas berlari semampu mungkin. Sampai di satu persimpangan, Azalea menahan sebuah teksi sebelum sampai di rumahnya.

Langkah diatur perlahan, penuh berhati-hati, tidak mahu kiranya ada yang menyedari kepulangannya lewat malam ini. Selalunya Azalea tidak pernah pulang lewat sebegini. Kalau keluar malam sekalipun dia akan memastikan dirinya pulang awal daripada papanya yang sibuk sepanjang hari. Namun tika dia melihat kereta Datuk Roslan di ruang depan rumah, jantungnya berdetik kencang bagai tidak dapat di kawal lagi.

Azalea cuba menenangkan diri. Nafas ditarik dalam-dalam.Sukar dilepaskan.Mungkin berat. Namun ketika keadaan sunyi sepi, hatinya pula yang berdetar kencang bagai dapat didengari sendiri di hujung telinganya! 

Langkah dimatikan di hadapan pintu rumah. Daun pintu cuba dikuaknya perlahan. Tidak berkunci! Buat seketika dia tercegat di muka pintu. Seakan dapat dibayang perkara yang akan menyusul. Dan ternyata tanggapannya tidak silap!

 Saat dia menoleh dari daun pintu, sekelipan hatinya bergegar kencang apabila kelibat Datuk Roslan muncul mengisi ruang mata. Ruang yang gelap serta-merta cerah. Menyilau matanya.

 “ Azalea Natasha...duduk, papa nak cakap.”

Azalea patuh. Segera dia melabuhkan punggung di sofa. Tenang.Namun itu hanya di wajahnya,tidak di hati.Dapat dirasakan akan berlaku perang mulut sebentar lagi. Datuk Roslan tidak duduk, tetapi berdiri di hadapan anaknya. Kedua-dua belah tangannya disimpulkan di dada. Masih diam.

“ Papa nak tahu ke mana Lea pergi tadi?”

Azalea  tunduk membisu. Masih mencari alasan munasabah. Untuk memberitahu yang dia berpeleseran sebentar tadi, sudah tentu Datuk Roslan akan marah. Tidak mahu dia mencurahkan minyak ke arah api yang baru menyala.

“ Papa tanya ni, Lea pergi mana tadi. Takkan tak dengar?” Kali ini suara Datuk Roslan bernada keras, tidak lagi lembut seperti soalan pertamanya tadi yang tidak mendapat respons.

“ L..L..Lea pergi rumah kawan lepas kolej tadi,” segera terlontar ayat itu dari mulut Azalea setelah melihat kemarahan Datuk Roslan .Dia keputusan akal.

“ Lea jangan nak tipu papa! Cakap, Lea ke mana tadi!”

Azalea sedikit tersentak. Dia memandang sekilas pada wajah Datuk Roslan. Wajah yang lembut dan penyayang itu tiba-tiba bertukar menjadi bengis dan garang. Dia tahu Datuk Roslan memang marah sungguh-sungguh.Ternyata api yang baru menyala sebentar tadi kini mulai merebak pantas.

“ Betul papa, L..L..Lea tak tipu”

“Sejak bila Lea pandai jadi penipu hah? Papa tak pernah ajar Lea untuk jadi seorang penipu. Melepak dekat kelab malam, bergaul dengan mat rempit, kemudian balik lewat macam ni, itu yang dikatakan pergi rumah kawan? Ingat papa tak tahu ? ” Suara Datuk Roslan menjadi semakin tinggi.Bergegak gempita suasana rumah yang sunyi tadi. 

Azalea kaget. Bagaimana papanya boleh mengetahui pekung yang tersimpan di dada ?

˝ Dah lama papa intip pergerakan Lea. Mula-mula papa tak percaya, tapi bila pihak pengurusan kolej Lea call papa, cakap yang Lea dah lama tak datang kolej, papa mula syak sesuatu. Tak sangka anak papa sanggup bohong papa. 

Azalea tunduk membisu. Kali ini lubang sudah pecah. Apa lagi yang harus dia lakukan ? Mencipta alasan lagi ? Pada waktu-waktu sebegini, mencipta alasan bukanlah sesuatu yang bijak untuk dilakukan.

Datuk Roslan masih tidak puas hati. Lantas dia merenggut beg galas yang masih di pelukan Azalea. Kasar. Seakan mengetahui sesuatu tersimpan di dalam beg itu. Azalea tersentak sekali lagi. Tidak disangka papanya akan bertindak begitu,merenggut beg galasnya yang tersimpan segala rahsia pembohongannya selama ini.Dia menyesal.Sungguh.Kerana tidak dipeluk erat sebentar tadi.
  
“ Apa semua ni ha? Ni baju-baju ni, mana dapat? Belajar mana benda-benda tak senonoh ni ha?”Datuk Roslan menjerit bagai orang gila sambil membaling sehelai demi sehelai baju dari dalam beg itu tepat mengenai muka Azalea.

“ Ooo..keluar dari rumah bukan main sopan lagi ,tapi dekat belakang papa pakaian setan ni yang kau pakai? Ni rokok ,pil ? Dapat mana hah?

Berderau darah Azalea mendengar pekikan Datuk Roslan.

“ Apa,kau dah tak ada maruah lagi ? Ingat Lea, kita ni orang Melayu, beragama islam!” Datuk Roslan meneruskan sisa kemarahannya.Menggigil-gigil suaranya.Mungkin cuma cuba menahan marah yang tidak dihamburkan sepenuhnya.

“Cukup papa!”

Datuk Roslan tersentak. Azalea berdiri untuk bertentang dengan papanya.

“ Papa jangan cakap seolah papa seorang yang perfect.” Lea menggeleng-gelengkan kepalanya. “ Maruah? Agama?” Papa...papa.” Azalea ketawa sinis.

“ Apa maksud Lea?”

“ Lea ingat bila mama dah pergi, papa akan berubah. Tapi sebenarnya tak. Jangan ingat Lea tak tahu, berapa ramai betina yang papa heret setiap hari semata-mata nak puaskan nafsu papa?
Datuk Roslan terkedu.

“ Apa bezanya papa dengan Lea? Maruah? Agama? Siapa yang tak ada maruah? Papa atau Lea?”

Paaaaap!!!

Satu tamparan hinggap di pipi Azalea. Buat seketika, baik Azalea mahupun Datuk Roslan, kedua-duanya tergamam.

Satu saat, dua saat, lima saat, sepuluh saat, lima belas saat….Azalea angkat kaki. Langkahnya pantas diatur tanpa hala tuju. Dia hanya ingin melarikan diri daripada Datuk Roslan yang cuba menghalangnya keluar dari banglo itu.

-----------------------------------

“ IS, you dekat mana? Datang cepat ambil I. Tempat biasa.” Suara Azalea setelah panggilannya dijawab oleh Iskandar.

“ Baby, pukul 4 pagi ni! You buat apa?” Soal Iskandar termangu-mangu.

“ Please Is, you datang ambil I. I dah tak tahu nak pergi mana ni. I lari dari rumah, I gaduh dengan papa I. Please Is.” 

“What? Bukan you sepatutnya dengan Zul ke?” Soal Iskandar.

“ Is, you sayang I ke tak ni? Sanggup you bagi I dekat Zul? Nasib tadi I sempat lari masa polis datang tau!” Suara Azalea mula meninggi.

“ Okey-okey, you stay there. Dalam setengah jam lagi I sampai okey.”

Panggilan dimatikan. Azalea memeluk tubuh di sebalik penjuru sebuah deretan rumah kedai. Lorong di belakang deretan rumah kedai itu kelihatan sepi dan gelap gelita. Sesekali kedengaran salakan anjing yang memecah keheningan malam. Azalea duduk bersandar di penjuru tersebut.

Dua puluh minit berlalu. Sebuah kereta Nissan Sunny dipandu laju dan berhenti betul-betul di hadapan Azalea. Dua orang lelaki keluar dari perut kereta tersebut lantas menarik Azalea masuk ke dalam. Kereta terus dipecut laju.

“ Diam !” Kata salah seorang daripada tiga lelaki tersebut.

“ Apa kau nak ha?” Soal Azalea sambil cuba menepis tangan salah seorang daripada lelaki itu yang mencengkam leher dan dagunya.

 Ketiga-tiga lelaki itu ketawa serentak. “ Kau ada hutang yang belum dibayar.” Suara salah seorang daripada mereka.

Kereta tiba di sebuah rumah kayu usang. Kelihatan deretan motorsikal diparkir di sekeliling rumah itu. Azalea diseret keluar dari kereta ke dalam rumah tersebut.

“ Wei Zul, aku dah bawak kau punya lauk.” Tubuh Azalea ditolak kasar lantas menghempap tepat di atas tubuh Zul Black yang masih tidur, tidak berbaju. 

“ Hah, bantal peluk aku dah sampai pun.” 

Zul Black lantas memeluk Azalea, namun Azalea segera menolak tubuh Zul Black sehingga dia terdorong ke belakang.

Zul Black segera berdiri sambil tali pinggangnya dilucutkan. “ Yang degil-degil macam ni aku suka sangat.”

Zul bergerak menghampiri Azalea yang perlahan-lahan menapak ke belakang sehingga langkahnya mati apabila terasa dinding bilik menghalangnya.

“ Sam, Fendy, Ket, korang belah!” Zul memberi arahan.

“ Beb, takkan kau sorang ja yang nak rasa kot? Penat-penat gua cari heret dia balik sini..kau saja yang nak rasa?” Fendy tak puas hati.

Zul mematikan langkah. Kepalanya ditoleh ke arah rakan-rakannya. “ Habis tu gua yang race macam nak mampos tadi, hey nasib baik gua tak mampos! Gua menang, so what?”

“ Okey-okey, cool down dulu beb.” Sam cuba menenangkan keadaan. “ Aku rasa, daripada kau layan minah tu sorang-sorang, lebih baik kita buat something bigger, something lagi best.”

“ Gedio?” Soal Zul Black, Fendy dan Ket serentak.

Sam menyimpul senyum.

******************************

 DATUK Roslan masih berteleku di ruang tamu rumah. Sudah sehari suntuk sejak semalam lagi dia cuba mencari Azalea, namun hingga kini belum berjumpa.

 “ Apa aku dah buat? Maafkan papa sayang.” 

Datuk Roslan berbicara sendirian. Berkali-kali juga kepalanya digelengkan seakan sukar mempercayai akan apa yang berlaku semalam. Bagaimana dia tergamak untuk menaikkan tangan ke muka anak kesayangannya itu? Sungguh, belum pernah dia berbuat seperti itu sebelum ini. Tetapi tuduhan Azalea terhadap dirinya adalah terlalu biadap sehingga mampu meratah kesabarannya sendiri.

“ Minum dulu tuan.” Tante Yanti, orang gaji Datuk Roslan menghulurkan segelas jus oren.

“ Terima kasih bu.” Jus oren diteguk sedikit.

“ Ya udah tuan. Nggak perlu dirisauin lagi. Pokoknya saya yakin bener yang anaknya itu Azalea anak yang baik. Pasti nanti sore dia pulang.” Tante Yanti cuba mententeramkan Datuk Roslan.

Datuk Roslan hanya mengangguk dengan nada bisu.

Tiba-tiba telefon rumah berdering. Tante Yanti  segera bergegas untuk menjawab panggilan.

“ Panggilannya untuk tuan. Siapa pemanggilnya, nggak dingomong sama saya.”

“ Ya udah. Terima kasih bu.” Datuk Roslan mencapai gagang telefon.

“ Papa!” Kedengaran suara cemas Azalea di hujung telefon.

“ Lea! Lea dekat mana?” Soal Datuk Roslan, turut cemas.

“ Papa, papa jangan datang sini, jangan datang si...” Suara Azalea tiba-tiba terputus dan hilang.

“ Lea!”

“ Datuk Roslan.” Zul Black memulakan bicara. “ Saya yakin Datuk sayangkan anak Datuk ni.”

“ Siapa kau? Apa kau nak?” Soal Datuk Roslan.

“ Senang saja Datuk. Saya nak minta tak banyak. Kalau Datuk sanggup, Azalea tak akan saya apa-apakan.”

“ Berapa?”

“ Tiga ratus ribu ringgit. Saya rasa tak menjadi masalah bagi Datuk untuk wang sebanyak itu. Saya bagi tempoh sehingga esok untuk Datuk sediakan wang itu. Ingat Datuk, jangan libatkan polis atau sesiapa, itupun kalau Datuk tak mahu lihat mayat ANAK Datuk.”

Panggilan dimatikan. Datuk Roslan terduduk di lantai rumah. Tangannya diraupkan ke wajah.

“ Ya Allah, ya Allah...ya Allah!”

Apa harus aku lakukan? KAU berilah aku hidayah serta petunjukMU. Jika ini adalah ujianMu untukku,maka berilah aku bimbinganMu, sesungguhnya aku lemah tanpa bantuan dan pedomanMU. Bantulah hambaMu ini!

**********************

“ Hati-hati ya tuan.” Pesan Tante Yanti. Kerisauan jelas terpancar di wajahnya.

“ Ya udah bu, doakan semuanya baik-baik saja. InsyaAllah, semuanya akan selamat nanti.” Sebuah briefcase berisi RM 300 000 tunai telah sedia dijinjing.

“ Tuan, biar saya yang bawa tuan ke sana.” Suara En. Rosli, pemandu peribadi Datuk Roslan.

“ Tak payah Rosli. Saya akan pergi seorang diri. Ini syarat yang dah ditetapkan oleh penculik tu. Cuma satu yang saya pinta, kalau sampai tiga jam saya tak pulang ke sini, buatlah laporan polis.”

“ Baik tuan. Hati-hati.”

-------------------------------

“ Beb.” Laung Iskandar kepada Roy setelah memarkir motorsikalnya di laman rumah bujang mereka.

“ Wassup?”

“ Kumpul budak-budak semua. Kita ada hal nak settle malam ni.” Iskandar memberi arahan termengah-mengah.

“ Hal apa?” Soal Figo pula yang sedang mencuci motorsikalnya.

“ Jangan banyak cakap. Kumpul budak-budak kita, pergi tempat Zul Black. Aku rasa Zul dah culik Azalea. Dah dua hari aku tak jumpa dia. Okey, aku chow dulu.” Motorsikal Iskandar dipecut laju membelah kehangatan malam.

--------------------------------------------

DATUK Roslan tiba di perkarangan sebuah rumah usang yang terletak di kawasan perkuburan cina yang telah lama ditinggalkan.Suasana sepi. Kelihatan beberapa buah motorsikal memenuhi bahagian hadapan rumah usang itu. Seorang lelaki bekulit gelap, berjaket dan cermin mata hitam keluar daripada pintu rumah itu.

“ Saya salute Datuk Roslan kerana menepati janji.” Zul Black memulakan bicara.

“ Mana anak aku?” Soal Datuk Roslan.

“ Sabar Datuk, jangan gelojoh.” Zul Black ketawa sinis. “ Mana duit yang dijanjikan?”

Datuk Roslan membuka pintu kereta lalu mengeluarkan briefcasenya. “ Dalam ni ada RM 300 000. Seperti yang dijanjikan, mana anak aku?”

Zul Black memetik jarinya beberapa kali. Seketika kemudian, Fendy dan Sam membawa Azalea keluar dari rumah buruk itu. Ket dan beberapa orang pengikut Zul Black yang lain mengikut dari belakang.

“ Senang saja Datuk. Datuk baling beg tu ke sini, Azalea kami lepaskan.”

Zul Black mendekatkan mulutnya ke telinga Ket yang berada di tepinya. “ Lepas dia baling beg tu, kau tembak dua-dua. Tunggu isyarat aku.” Bisiknya.

Datuk Roslan melempar briefcase tersebut dengan teragak-agak. Serentak dengan itu tubuh Azalea segera ditolak ke arah Datuk Roslan. Azalea berjalan perlahan-lahan ke arah papanya sambil kepala ditoleh ke arah Zul Black dan pengikutnya. Azalea memerhatikan sesuatu. Dilihatnya Ket mengeluarkan sepucuk pistol daripada jaketnya. Azalea cemas saat picu pistol ditarik.

“ Papa!!” Azalea pantas menolak tubuh Datuk Roslan, menyebabkan Datuk Roslan mundur ke tanah.
Tembakan dilepaskan. Bergegak gempita suasana malam yang sepi.

“Arghhhh!!!”

Azalea toleh ke belakang. Dilihatnya seseorang sedang terbaring di atas tanah tidak jauh daripadanya.

“ Iskandar!!!”

Belum sempat Azalea mendapatkan Iskandar yang berlumuran darah di bahagian badan, tiba-tiba satu tembakan dilepaskan sekali lagi. Azalea kaget dan menggigil.

“ Tidak!!”

 Azalea pantas berlari mendapatkan Datuk Roslan. Darah merah memercik laju dari bahagian dadanya.  Azalea memangku Datuk Roslan ke atas ribanya.

“ Papa !!!”

Serentak dengan itu bunyi deruman enjin motorsikal kedengaran. Tak lebih dari 20 mat rempit yang diketuai oleh Roy dan Figo tiba di perkarangan pondok usang pengikut Zul Black. Berlaku pertempuran dahsyat di antara kedua-dua pengikut ini.

Azalea pantas mengheret Datuk Roslan ke dalam perut kereta untuk berlindung daripada pertempuran yang sedang berlaku. Erat digenggamnya tangan Datuk Roslan.

“ Papa, Lea tak tahu nak drive. Papa sabar ye, Lea call ambulans.” Tangan kiri Azalea ligat mencapai telefon bimbit Datuk Roslan yang diletakkan di bahagian kusyen hadapan kereta.

“ Tak payah Lea.” Suara Datuk Roslan lemah sambil menepis perlahan telefon bimbit yang berada di tangan kiri Azalea. “ Papa rasa, papa dah tak lama dah.” Sambung Datuk Roslan lagi.

“ Tak papa! Jangan cakap macam tu!” Air mata mula berjuraian turun dari pipi Azalea.

“ Lea..” Datuk Roslan menggenggam tangan kanan Azalea dengan kedua-dua belah tangannya. Azalea segera membalas genggaman tersebut dengan tangan kirinya pula.

“ Papa sayangkan Lea.”

“ Lea pun.”

“ Lea percaya Papa kan?” Soal Datuk Roslan.

Lea hanya mengangguk dengan sedu-sedan.

Datuk Roslan menyimpul senyum dalam kepayahan. “ Papa tak pernah menduakan Mama. Cinta Papa untuk hanya untuk Mama walaupun dah lama Mama pergi dan kasih sayang Papa hanya untuk anak Papa seorang ini. Papa sayangkan Lea.” Datuk Roslan terbatuk-batuk dan deru nafasnya turun naik.

“ Jangan cakap lagi Papa. Papa dah lemah sangat.” Azalea mengusap pipi Datuk Roslan berkali-kali. Namun, Datuk Roslan masih cuba mengukirkan senyumnya.

“ Dalam dunia ni, Papa dah tak ada sesiapa dah. Papa hanya ada Lea. Papa dah cuba berikan yang terbaik untuk Lea. Papa berikan segalanya pada Lea. Mungkin itulah salahnya Papa. Papa yang bersalah. Papa minta maaf.” Air hangat turut mengalir dari pipi Datuk Roslan.

Azalea menjadi bertambah hiba. Kepalanya digelengkan berkali-kali. “ Tidak Papa. Jangan salahkan diri Papa. Papa memang ayah yang terbaik. Hanya Lea, Lea yang degil. Lea yang tak mendengar kata. Ampunkan Lea Papa. Lea bersalah.”

Berkali-kali Azalea mencium tangan Datuk Roslan. Deraian air mata yang turun tidak tertahan lagi, laju selaju sedu-sedannya. Tapi entah mengapa, tangan yang dicium bertalu-talu itu terasa seolah-olah kaku. Azalea menoleh pandangan ke arah wajah Datuk Roslan yang terpejam erat.

Serasa dadanya berombak.

“Papa!!!!”

 ****************************

EPILOG

Pagi begitu indah. Kicau burung terasa alangkah merdu. Kicaunya terlalu rancak tingkah-meningkah dan balas-membalas, dan berekor-ekoran pula gemanya menyusup antara celah-celah pepohon. Dari celah-celah daun lebat, sirna mentari pagi begitu mempersona. Terlalu asyik dan mengasyikkan.

“ Lea.” Lamunan Azalea terhenti bila terasa bahunya disentuh lembut.

“ Umi.” Umi Zainab sedang berada di sisinya.

“ Lea tengah buat apa?” Soal Umi Zainab.

“ Takde apa-apa Umi. Lea seronok tengok burung-burung tu. Sedap dengar burung-burung tu berkicau. Pasti mereka sedang berzikir kepada Penciptanya.”

Umi Zainab hanya mengangguk lantas tersenyum. Lama mereka berdua diam, seolah menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Keadaan di Rumah Bakti Al-Mawwaddah  kelihatan begitu tenang, setenang dan sedamai rasa di hati Azalea kini.

“ Lea dah buat keputusan?” Soal Umi Zainab memecah kesunyian.

Lama Azalea membisu sebelum mengambil keputusan untuk bersuara. “ Lea sayang nak tinggalkan tempat ni. Tempat ni dah banyak mengubah diri Lea.”

“ Semuanya dengan izin Allah Lea. Seperti yang Umi beritahu Lea ketika Lea mula-mula sampai di sini enam bulan lalu, setiap orang berhak diberi peluang kedua untuk berubah. Hanya waktu dan keadaan yang akan menentukan. Umi bangga lihat perubahan Lea sekarang.”

“ Terima kasih Umi.” Azalea lantas memeluk Umi Zainab. “ Terima kasih.”

“ Semuanya dengan izin Allah.” Umi Zainab membalas semula pelukan Azalea. “ Jadi, Lea dah sedia nak tinggalkan tempat ni?”

Pelukan dileraikan. Azalea memandang lama Umi Zainab. “ Lea tak yakin dengan diri Lea, Umi. Lea tak yakin nak uruskan syarikat papa.”

“ InsyaAllah Lea. Kalau Umi yakin dengan Lea, kenapa tidak Lea? Inikan wasiat dari arwah.”

Azalea terdiam sejenak. Kening kiri dan kening kanan bertaut. Akhirnya Azalea mengangguk. Keputusan telah dibuat. Ini tanggungjawabnya, tanggungjawab menunaikan wasiat arwah Datuk Roslan, fikirnya.

“ Kak Lea! Kak Lea!” Sofi, anak kecil yang baru berusia empat tahun sedang menarik-narik jubah Azalea.

“ Sofi, ada apa?” Soal Azalea sambil mencangkung separas anak kecil itu yang kelihatan termengah-mengah.

“ Ye Sofi, ada apa?” Soal Umi Zainab pula.

“ Tadikan, Sofi main-main dekat depan tu. Lepas tu ada seorang lelaki datang. Dia cakap nak jumpa dengan Kak Lea, pastu Sofi terus datang sini cari Kak Lea!”

Lelaki? Siapa?

Azalea membetulkan jilhabnya sebelum perlahan-lahan berjalan ke perkarangan rumah bakti itu. Dari jauh Azalea dapat menangkap kelibat seorang lelaki berkopiah putih sedang membelakanginya dan duduk di atas sebuah bangku kayu.

“ Assalamualaikum.” Azalea memberi salam.

Lelaki tersebut menoleh. “ Waalaikummussalam.” Jawabnya.

Azalea mengamati wajah lelaki itu. Wajah yang nampak lembut dan tenang sedang tersenyum ke arahnya.

Azalea menekup mulut tidak percaya.

“ Iskandar!!!!”

- Tamat -

copyright: encik Billy

14 comments:

  1. As Salam,

    Alhamdulilah..cerita yang baik :)

    ReplyDelete
  2. http://teman-cintahatiku.blogspot.com/ akan menganjurkan pertandingan menulis cerpen…berminat utk join?hadiah wang tunai menanti pemenang…ayuh jgn lepaskan peluang ini!!

    ReplyDelete
  3. citer yg sgt menarik..tp syg citer nie tergantung...lg sesuai klu d jdkan novel... :)

    ReplyDelete
  4. best nyer citer ni~ hrp ade smbungan

    ReplyDelete
  5. Wow that was strange. I just wrote an very long comment but after I clicked
    submit my comment didn't appear. Grrrr... well I'm not writing all that over again.
    Anyway, just wanted to say superb blog!

    Look at my website diets That work for Women

    ReplyDelete
  6. What a information of un-ambiguity and preserveness of valuable know-how concerning
    unpredicted feelings.

    My homepage plytki ceramiczne

    ReplyDelete
  7. BEST gile!!!!GOOD JOB BRO..

    ReplyDelete
  8. sy ada buat jugak..
    datng la blog sy bg pendapat.....
    tapi yang ini memang terbaik lah.....................

    ReplyDelete
  9. Please sambung nk tgk kehidupan dia dgn iskandar plak

    ReplyDelete
  10. Look at the way my pal Wesley Virgin's tale launches in this SHOCKING AND CONTROVERSIAL video.

    As a matter of fact, Wesley was in the army-and shortly after leaving-he found hidden, "mind control" tactics that the government and others used to get everything they want.

    These are the EXACT same secrets many celebrities (notably those who "come out of nowhere") and elite business people used to become rich and successful.

    You've heard that you only use 10% of your brain.

    That's because most of your BRAINPOWER is UNTAPPED.

    Perhaps this thought has even taken place INSIDE OF YOUR own head... as it did in my good friend Wesley Virgin's head 7 years back, while riding an unlicensed, beat-up bucket of a car without a driver's license and $3.20 on his debit card.

    "I'm so frustrated with living paycheck to paycheck! When will I finally make it?"

    You took part in those conversations, ain't it so?

    Your own success story is waiting to be written. All you need is to believe in YOURSELF.

    UNLOCK YOUR SECRET BRAINPOWER

    ReplyDelete