Thursday, July 29, 2010

I Think I Love You : Intro

PENGENALAN

Ini merupakan E-novel pertama saya. Genre yang dipilih adalah komedi romantik. Mungkin ini hanya sekadar permulaan kerana minat saya lebih terarah kepada genre seram thriller.

Novel ini hanya suka-suka sahaja. Oleh sebab itu, penggunaan bahasa yang puitis atau tepat tatabahasa tidak akan digunakan secara maksimal.Sebaliknya, penggunaan bahasa yang simple dan slumber menjadi pilihan bersesuaian dengan konsep komedi romantik yang cuba ditonjolkan. Tambahan pula, konsep penceritaan menggunakan kata ganti diri pertama iaitu 'aku'.
Novel ini diberi tajuk ' I think I Love You' atau dalam bahasa Melayunya saya memilih tajuk 'Mungkin Mencinta'. Berkisar tentang seorang perempuan tomboy yang berubah watak kepada wanita tulen apabila kerjaya sebagai seorang guru menuntutnya melakukan perubahan. Pada masa yang sama, soal jodoh tidak diketepikan.
Tiga orang lelaki yang berbeza personaliti dan kerjaya, hadir dalam hidupnya. Menambahkan lagi rencah dan dilema kepada dirinya untuk memilih mana satu yang layak. Sedangkan perasaannya terhadap ketiga-tiga lelaki itu, sama nilai timbang taranya antara satu sama lain. Siapakah yang berjaya memiliki setangkai hatinya itu?

Hahaha...korang kena bacalah, sebab saya sendiri pun belum mengetahui kesudahan cerita ini. Masih dalam pembikinan.

Okey?......

4 comments:

  1. ai, saye pun baru berjinak2 gak tulis hehehe. nway same ler kite, suke thriller juga.. knp tak try tulis satu cite thriller??

    ReplyDelete
  2. to nexx-novel: mgkin after this kot, sebab agak tak cukup masa skrg nie, mgkin time cuti sem nt ke.nak tulis novel thriller memerlukan byk masa dan imaginasi yg lebih tinggi...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete