Friday, May 20, 2011

I Think I Love You : Bab 7


“ Assalamualaikum.”

Mendengarkan ucapan salam itu, aku terus toleh kebelakang. Serta-merta riak wajah aku berubah. Siapa lagi kalau bukan Akmal yang tak pernah putus asa cuba mendekati aku itu.

"Hmm...ada apa?" Balasku bernada keras. 

" Amboi, macam tu jawab salam? Kot ye pun, jawab la dulu salam saya tu. Berdosa tau." 

Serta-merta aku tertelan liur. Pekat. Buku rekod kedatangan yang telah siap aku periksa ditolak ketepi. Kemudian aku beralih ke arah Akmal. Aku maniskan muka dengan senyum segarit.

" Waalaikummussalam warahmatullah hi taala hiwabarakatuh," amik kau, penuh aku jawab salam tu. 

"Ye cik Akmal, ada apa saya boleh bantu?" Manja suara aku.

Aku lihat Akmal ketawa. "Melebih pulak dia."

Terus aku betulkan duduk. Mujur keadaan dalam bilik guru sekarang ni kelihatan lengang. Buatnya ternampak dek Cikgu Maimunah, teruk aku diperlinya nanti. Bukannya tak tahu mulut murai Cikgu Maimunah yang suka bergosip tu. 

" Hmm..nak apa?" Kali ini nada aku kembali serius. 

“Saya nak minta tolong awak sikit. Itupun kalau awak sudi le.."

Aku pandang wajah cikgu Akmal sambil mengangguk sekali. " Tolong apa?"

“ Macam ni, saya nak minta awak tolong temankan saya ke Alamanda kejap lagi. Saya ingat nak beli hadiah untuk persaraan Cikgu Maimunah Jumaat nanti. Masalahnya sekarang, saya tak tau nak beli apa.”

Jika itu masalahnya, kacang je bagi aku. 

“ Orait, saya pun sebenarnya tengah plan nak beli hadiah untuk dia jugak. Kalau macam tu, lepas waktu sekolah nanti kita pergi. Sekarang ni saya ada kelas."

Aku lihat Akmal tersenyum riang. Sebenarnya sebelum ini, dah banyak kali Akmal cuba mengajak aku untuk keluar bersamanya, namun aku tolak dengan baik. Seingat aku, tak lebih dari tiga kali aku pernah keluar bersamanya, itupun atas alasan kerja.

Tepat jam 2.30 petang, seperti yang dijanjikan dengan Akmal sebentar tadi, aku bergegas ke perkarangan tasik Alamanda. Sampai sahaja di situ, aku lihat Akmal telah sedia menunggu.

“ So, awak rasa Cikgu Maimunah suka hadiah yang macam mana?” Soal Akmal.

Aku diam sejenak dan berfikir.

“ Kita cari frame yang ada ayat-ayat suci Al-Quran, saya rasa cikgu Maimunah suka benda-benda macam tu.” Aku memberi pandangan.

“ Ha’ah, kenapa saya tak terfikir ye?”

Aku lihat Akmal menggaru-garu kepalanya. Aku tau, kepala Akmal tak gatal pun. Action je lebih.

Aku mengikut Akmal dari belakang menuju ke satu kedai yang terletak di aras bawah Alamanda.

“ Hai adik manis. Abang tolong boleh? Sini datang mau apa cari?”

Hisy bangla ni, terkejut aku dibuatnya. Geli-geleman pun ada. Aku ingatkan tadi kedai ni milik orang Iran. Terus aku injak langkah setapak ke belakang Akmal.

“ Sini ada jual frame tak?” Akmal menyoal bangla tersebut.

“ Itu frame tadak..itu sama karpet banyak sini”

Hah, salah kedai rupanya. Kami berlalu menuju ke kedai yang lain. Kali ini kami melewati pula aras dua Alamanda. Banyak pula pilihan kedai yang ada, rata-ratanya dimiliki oleh peniaga Iran dan Pakistan. Kami pilih salah satu daripada kedai tersebut. Mujur apa yang kami cari ada, cuma memerlukan masa sehari untuk menyiapkan tempahan. Mujur juga majlis persaraan itu berlangsung pada Jumaat ini. Kira sempatlah. Setelah membayar wang deposit, kami keluar dari kedai tersebut.

“ Dah lunch?” Akmal menyoal.

Aku angguk kepala. “ Dah, tapi nak makan lagi.”

Aku lihat Akmal mentertawakan aku. Aku buat kering saja. Aku tak segan sangat kalau dengan Akmal.

“ Awak ni kuat makan jugak ye.”

Akmal meneruskan sisa tawanya. Aku juih bibir bawah. Melebih ar tu gelakkan aku.

“ Hmm saya tak lunch lagi ni. Saya belanja nak? Awak nak makan apa?”

Kata datuk aku, rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari. Rezeki ni, rezeki. Makan free kan, hahha. Aku gelak dalam hati macam jin jahat. Senyuman dikupas.

“ Erm, saya teringin sizzling mee.” Kataku perlahan, saja nak control agar tak nampak terlalu excited.

“ So, kita ke food court?”

Aku angguk perlahan dengan muka innocent.

“ Awak ni cute la”

“Hah?” Aku buat-buat tak dengar.

“ Just kidding.”

Sekali lagi aku lihat Akmal mentertawakan aku. Ketawa Akmal mengingatkan aku akan seseorang, tetapi aku tak pasti siapa orang itu. Belum sempat aku mencari jawapan kepada soalan yang aku sendiri utarakan, aku terdengar seseorang memanggil namaku dari arah belakang.

Aku toleh dan terperangah. 

“ Norman!”

“ Along!”

Aku dan Akmal berkata hampir serentak. Aku pandang Akmal dan Norman silih berganti dengan terpinga-pinga. Norman yang segak berkot hitam sedang menghampiri kami.

“ Awak dengan Akmal, apa?”

Aku tuding jari ke arah Norman.

“ Angah dengan Syafiqah, kenalke?”

 Norman tuding jari ke arah Akmal.

“ Awak kenal dengan Along?”

Akmal tuding jari pula ke arahku.

Lama kami tergamam tanpa sepatah kata, akhirnya jari masing-masing diturunkan dan kami ketawa serentak. Kecil sungguh dunia ini. Rupanya Akmal adalah adik kandung Norman. Sungguh aku tak sangka, masa lampau dan masa kini bertaut, menjalin satu ikatan yang baru. Aku tak pasti sama ada pertemuan ini akan merumitkan keadaan atau tidak.

“ Along dengan Syafiqah ni kawan lama.”

Aku turunkan pandangan ke bawah bila mata aku dan Norman bertaut. Jauh di sudut hati, aku kecewa sebenarnya. Sekadar kawan lama? Aku mengharapkan lebih dari itu. Mungkin juga cinta Norman yang pernah aku tolak suatu ketika dulu bukan lagi milik aku kini. Pertemuan di Pulau Langkawi tempoh hari mungkin sekadar pertemuan kosong sahaja. Dan mungkin juga kini, aku yang bertepuk sebelah tangan.

“ Along buat apa sini?”

Soalan Akmal kepada Norman itu membuatkan lamunan aku termati andar.

Aku kerling sekilas ke arah Akmal. Aku lihat kening Akmal bertaut. Aku pandang pula Norman dengan penuh tanda tanya. Dah hampir seminggu lebih aku tak memandang wajah yang telah mencuri hati aku ini.

“ Hari ni Along ada kes dekat Istana Keadilan. Saja singgah sini sekejap, kejap lagi Along terus balik KL.”

Sekali lagi lirikan mata Norman tepat menujah anak mata aku. Aku angguk dengan nada bisu, sambil melarikan pandangan ke arah lain. Sebenarnya, aku tengah nervous ni. Asal pandang saja wajah Norman, terus datang balik penyakit senggugut aku. Aku pun pelik. Kalau dengan Akmal, boleh saja aku jadi selamba, tetapi tidak bila Norman tiba-tiba muncul.

“ So, kau dengan Syafiqah, buat apa sini?”

“ Owh, kitorang on da way nak ke food court ni. Along nak join sekali?”

Aku lihat Norman tersenyum nakal ke arah Akmal. Aku tak faham sebenarnya. Bahasa badan Norman memang sukar untuk ditafsir. Tak lama kemudian, aku lihat Norman menepuk-nepuk bahu Akmal pula sambil mengenyitkan mata ke arahku.

“ Ooo.. dah ada gepren bukan nak bagi tau Along.”

“ Eh, bukan macam tu, awak salah faham. Saya bukan gepren Akmal !” Aku seakan ingin menjerit bagi membetulkan keadaan, namun hanya bibirku yang bergerak-gerak tanpa mengeluarkan suara yang seolah-olah tersekat di kerongkongku.

Aku pandang Akmal dengan pandangan tajam. Aku harap Akmal akan menerangkan hal yang sebenarnya, tetapi aku lihat Akmal hanya tersengih seolah-olah mengiakan kata-kata Norman sebentar tadi.

“ Along ni ada-ada jelah.”

“ Hekeleh, kalau malu-malu kucing macam tu, betullah tu. Kau ni, dengan aku pun nak berahsia.”

Aku lihat Akmal seolah-olah tersipu malu, sedangkan aku menyumpah seranah di dalam hati. Aku tak tahu kenapa dalam waktu macam ni aku tiba-tiba boleh jadi bisu. Aku menyiku lengan Akmal, dia siku aku balik. Hampeh!

“ Wah, romantik nampak!" Aku terdengar suara Norman berbisik ke arah Akmal. 

"Apa romantiknya Along, dia ni memang macam ni."

Aku ditertawakan Akmal pula. Lagilah panas hati aku.

" Erm Norman, sebenarnya bukan macam tu..awak salah faham!" 

Akhirnya keluar juga suara serak-serak basah aku. Aku lihat Norman tergamam. Akmal apatah lagi. 

" Apa yang salah fahamnya? Its okey, I understand. Macam I tak kenal you."

Aku menelan liur yang  pekat dan likat. Awak salah faham Norman! Awak memang salah faham!
"Takpelah, you two go ahead. I got to go. Nak kena balik ofis dulu ni. Kang nanti jam pulak dekat KL tu.”

Belum sempat untuk aku menjelaskan hal yang sebenarnya, Norman telah berlalu pergi. Aku dapat melihat wajah Norman yang mendung. Norman pergi tanpa sekalipun menoleh ke arahku, sama seperti ketika aku menolak cinta Norman tujuh tahun yang lalu. 

Hilang terus selera makan aku. Hatiku panas menggila. Aku angkat kaki ke perhentian bas, meninggalkan Akmal berseorangan. Laungan Akmal yang berkali-kali memanggil nama aku tidak dipedulikan. Wahai Tuhan...apa yang harus aku lakukan sekarang ini? 


bersambung.....


14 comments:

  1. wah .. semakin menarik lha cerite ni .. dunie ni mmg betul2 kecik .. btw , baru2 ni pun ade sesuatu yg jd kat i .. i mgharapkan yg sum1 tuh pegi jauh dr hdup i , tp makin lame makin dekat lha pulak .. hahaha

    ReplyDelete
  2. makin suspen la cerita adli ni..lm jg nak tunggu kamu upload smbungan nye..

    ReplyDelete
  3. ala tensennya...kejarlah si norman tu n jelaskan perkara sebenar...huhu~

    ReplyDelete
  4. amirul: tu mungkin jodoh kot..hehe. Kan kalau jodoh tak kemana, even kalau kita cuba jauhkan diri sekalipun, kita takleh nk wat pape kalu itu dh jodoh kita,lalala..ceh, apa aku mengarut ni.haha

    ReplyDelete
  5. Tuan punya hati: farhana kan? ye, mmg lmbt gilee bru nk upload smbungan.ekceli cm dh takde mood nk mengarang bila satu cerita yg sy tulis da hmpir 200 page dulu hilang bila laptop rosak n xdan nk recover.lps tue mood trus spoil..

    ReplyDelete
  6. Wyna Nubies: apa yg bakal berlaku seterusnya? nantikanlah ye....hehe

    ReplyDelete
  7. aduh...boley plak adik beradik...
    sian norman..dua kali kecewa..
    pas ni mesti beralah ngan adik plak..sob3

    ReplyDelete
  8. adli! wah, anda sudah pandai bermain kata! hahahaa! suka3!

    ReplyDelete
  9. best best , cepat bagi sambungannya . hehe

    ha asal penyaket senggugut ehh bila tengok norman tu ? hehe , tertanya tanya ni

    ReplyDelete
  10. anarif: cik najah...hahaha, tenkiu sudi membaca.still x leh lawan hang punya novel kot.

    ReplyDelete
  11. Dzathunithaqin: itulah boley plak diorg adik beradik kan...haha, sebenarnya cite ni ada 3 hero, hero ke-3 x kuar lg..

    ReplyDelete
  12. zty: itu salah satu perwatakan syafiqah..bila berdepan dgn norman je dtg le penyakit senggugut dia tuh..hehe

    ReplyDelete
  13. mm..ader lg rupanya hero ke-3..
    byk pesaing la norman ni..ehehe

    ReplyDelete