Sunday, March 13, 2011

I Think I Love You : Bab 5


Hari ini, sengaja aku biarkan handset aku dalam keadaan off mode. Sejak semalam aku off kan handset, hingga sekarang pun aku belum mengaktifkannya. Jangankan nak ON handset tu, nak memegangnya saja pun aku dah jadi takut. Pelik tak? Ha...tulah! Aku pun pelik dengan diri aku sebenarnya, aku tak tau apa yang aku nak. Dulu beria-ia sangat nak jumpa Norman. Kini bila doa aku dah termakbul, aku pulak yang cuba mengelak. Tak ke pelik?

Sudahnya, aku hanya memandang sepi handset itu yang dibiarkan berada di atas katil. Aku sedang berkira-kira sama ada untuk membawa atau pun tidak handset cabuk aku itu sepanjang program lawatan hari ini.

‘Pap!’

“Opocot mak engkau handset aku terjatuh..eh terjatuh..eh!” 

Tak semena-mena mulut aku lancang melatah. Siapa pulak yang pandai-pandai saja main tepuk belakang aku ni?

Aku segera toleh kebelakang dengan rasa marah tahap gaban. Dan serta-merta mata aku menangkap kelibat Cikgu Maimunah yang sedang rancak mentertawakan aku. Mujur orangnya Cikgu Maimunah, kalau tak, dah lama aku buat smack down kat lantai hotel ni.

“ Kamu ni Syafiqah...apa yang kamu buat tu? Dari tadi saya tengok kamu asyik dok pandang handset tu jer. Nasib baik tak terbakar handset tu..” Kata Cikgu Maimunah dengan sisa tawanya.

Aku hanya mampu tersengih mempamerkan barisan gigi cantik aku. Sambil itu, aku tak lupa menggaru-garu hidung- ini tabiat lama aku yang tak boleh dibuang.

“ Apa masalah dengan handset tu?” Soal Cikgu Maimunah lagi.

Aku geleng kepala. “ Takde apa-apa pun cikgu.”

“Habis tu?”

“ Nothing.”

“Hmm..” Cikgu Maimunah merapatkan mulutnya ketelingaku. “ Senang...kita bakor je handset tu, kita bakor!”

Aku yang dari tadi bermuram durja tiba-tiba saja tergelak besar. Boleh pulak Cikgu Maimunah buat lawak hantu Kak Limah awal-awal pagi macam ni.

Aku lihat Cikgu Maimunah pun turut sama ketawa. 
“ Gelak-gelak jugak Cikgu Syafiqah oi...kita ni nak kena berkumpul kat bawah sekarang ..”

Aku segera memandang jam dipergelangan tangan.

“ Ha’ah cikgu...dah hampir pukul 8 sekarang ni. Moleklah kita turun sekarang...kumpul budak-budak, lepas tu breakfast dulu.”

*********************************************

Hari ini merupakan hari ketiga aku dan rombongan sekolah berada di pulau sumpahan Mahsuri ini. Pada sesi pagi tadi,  sebaik saja bersarapan di sebuah gerai di Pekan Kuah, rombongan sekolah yang terdiri daripada 25 orang pelajar tahun enam dan tiga orang guru pengiring termasuk aku dibawa melawat ke Galeria Perdana, galeri yang mempamerkan koleksi barang-barang peribadi milik mantan Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Barang-barang yang dipamerkan di sini sebenarnya adalah hadiah-hadiah yang diterima oleh Tun Dr. Mahathir sepanjang beliau menjadi perdana menteri Malaysia selama 22 tahun. Bayangkan, untuk tempoh sepanjang itu, betapa banyak hadiah yang beliau terima terutamanya dari pemimpin-pemimpin negara asing termasuklah di negara sendiri.

Pada sebelah petangnya pula, rombongan dibawa ke Underwater World Langkawi yang merupakan akuarium terbesar di Asia. Pada aku, akuarium ini tak ada bezanya dengan yang terdapat di Akuaria KLCC, cuma mungkin tarikannya terletak pada Penguin yang diimport khas dari Argentina.

Penat berjalan seharian, aku ambil keputusan untuk berteleku di dalam bilik hotel saja pada malam ini. Ajakan Puan Maimunah untuk menemaninya membeli-belah di kawasan Pokok Asam aku tolak dengan baik. Aku memang penat, ditambah pula dengan perasaan yang tidak tenteram ini, membuatkan aku ingin saja pulang ke Putrajaya secepat mungkin.

Fikiran aku memang kosong saat ini. Aku capai handset dari tas tangan. Aku beranikan diri untuk menekan butang ‘on’. Sangkaanku tak meleset sama sekali. Dua puluh lima missed call dan dua belas sms aku terima, semuanya daripada Norman. Ah, tiba-tiba pula aku rasa bersalah. Erm, apa yang perlu aku buat sekarang? Call dia dan minta maaf, perlukah?

Sedang aku leka melayan monolog dalaman, tiba-tiba ada panggilan masuk ke handset aku. Dari Norman..kuang kuang kuang. Apa aku nak buat ni? Tanpa terus berfikir panjang, aku terus matikan handset. Kali ini dengan bateri sekali aku cabut. Hmm..sorilah Norman.

*************************************************

Selesai mandi dan mengemas diri, perut aku tiba-tiba mengalunkan irama lagu keroncong dengan kuatnya. Aku urut perutku perlahan-lahan…sabar ye wahai perut, sekejap lagi kita makan. Aku ayun kaki keluar dari bilik menuju ke kedai 7-eleven yang terdapat di kaki hotel. Hasrat di hati nak beli Maggie Cup Tomyam dan Slurpee Strawberry sambil makan menghadap kolam renang hotel.

“ Syafiqah!!” Macam suara Akmal. Aku toleh kebelakang.

Eh, bukan.

“Norman?” Hati aku dup-dap dup-dap. Hensemnya dia.

“ Awak buat apa sini?”

“ Saya menginap sini. Awak?” Aku cuba berlagak selamba.

“ Lorgh, saya pun menginap sini jugak.”

“ Kata ada kursus?”

“ Saya kursus dekat hotel ni la”

“ Lorghh…”

Kata kami hampir serentak. Aku ketawa sendiri. Aku lihat Norman hanya tersenyum mempamerkan barisan gigi putihnya. Again, that beautiful crooked smile. Ah, janganlah senyum dekat aku macam tu. Hati aku berdetar kencang bagai menggila.

“ Awak dah dinner?”

“ Ha...dinner? Erm...dah, dah. Saya ba..ba..baru saja makan tadi. Betul!”

Aku berbohong. Aku takut jika aku jawab belum, Norman akan ajak aku dinner sekali dengan dia pula.

“Betul ni?”

Aku mengangguk bagai burung belatuk.

“ Apa boleh buat...melepas la saya nak merasa makan malam dengan awak.” 

Aku lihat Norman menjungkit bahunya sambil mengangkat kedua-dua pasang tangannya separas dada. Kemudian melepaskannya semula selari dengan kaki.

“ Kalau macam tu...” Aku pura-pura memandang jam di tangan. “...saya minta diri dululah. Ada hal nak settle kan ni.” Aku memberi alasan untuk tidak berlama di situ. Ya, aku berbohong lagi.

Aku terus atur langkah untuk kembali semula ke bilik penginapan aku. Aku langsung tak toleh semula kebelakang untuk memandang Norman. Dalam hati rasa lega.

“Sekejap!!”

Langkah aku termati andar. Aku pasti suara itu milik Norman. Aku toleh kebelakang dan aku lihat Norman sedang berlari-lari anak ke arah aku. Apa lagi dia nak ha?

“ Kenapa tak jawab call, tak balas mesej saya?”

Berubah terus air muka aku yang ceria sebentar tadi. Cuak. Aku berharap sangat yang Norman tak akan tanya soalan tu. Aku pandang muka Norman yang serius. Kening kirinya dijungkit dua kali sedangkan aku hanya mampu menggigit hujung bibir. Apa aku nak jawab ni?

“ Erm, bateri kong la.” Aku berbohong lagi. Bohong sunat.

“ Takde charger?”

Aku geleng kepala. “ Terlupa nak bawa”

Aku buat-buat muka sedih dan bersalah. Aku harap lakonan aku menjadi. Aku lihat Norman mengangguk tanda faham. Dalam hati aku bersorak riang, tak sia-sia aku belajar drama masa dekat U dulu-dulu. Hehhe.

“ Okeylah. Tapi...awak dah betul-betul dinner ke ni?”

Belum sempat aku menjawab soalan tersebut, perut aku tiba-tiba kembali mengalunkan irama keroncongnya. Kali ini lebih kuat sehingga dapat didengari di hujung telinga aku. Aku rasa bukan aku sahaja yang dengar, malah Norman pun sama.

Automatik aku pandang wajah Norman di hadapan. Tak lama kemudian aku kembali memandang lantai. Norman tengah ketawakan aku. Wajah aku membahang. Serius malu. Mana nak letak muka ni? Akhirnya aku tutup muka dengan kedua-dua tapak tangan dan dengan jelas aku dapat mendengar ketawa Norman semakin menjadi-jadi.

“ Jomlah saya temankan awak dinner, kesian perut awak tu.”


Bersambung.....

5 comments:

  1. Hai, Salam.
    Saya tengah buat survey pasal blogging untuk thesis saya. So, kalau berkenan sudilah isi questionnaire di bawah ini. Thank you so much 

    https://spreadsheets.google.com/viewform?hl=en&pli=1&formkey=dGlZbzRKVmtxWWhPOWt3c0hIdzF5T0E6MQ#gid=0

    Salam,
    Lily

    ReplyDelete
  2. aduh!kantoi perut tgh lapar...wahahaha~

    ReplyDelete
  3. huhu , tak saba nak bace smbungn nye lagik ...

    ReplyDelete
  4. aku gelak di pagi buta bila smpi bab hantu kak limah tu. adoi~

    ReplyDelete