Tuesday, July 26, 2011

Cerpen : Azalea Natasha


PROLOG

“ Lea berdosa Umi, Lia rasa bersalah. Kalau bukan kerana Lea, benda ni tak kan jadi…” Tangis Azalea dalam sendu. Tangisannya semakin menjadi-jadi dek kehibaan yang melampau.

Umi Zainab yang berada di sisi hanya mengusap-usap lembut jemari gadis tersebut. Bagi Umi Zainab, biarlah Azalea berterusan menghamburkan segala yang terbuku di hatinya terlebih dahulu, biar segala masalah terungkai dan terlerai.

“ Jahat sangatkah Lea, Umi? Kenapa Lia tak boleh jadi baik macam orang lain? Macam Umi? Kenapa Umi?” Azalea teresak kuat. 

Kepalanya dihantuk sendiri berulang kali pada dinding bilik itu. Bagai dirasuk lagaknya. Umi Zainab pantas meraih tubuh Azalea lalu di bawa ke dalam dakapannya. Azalea terus mendendangkan lagu sendu.

“ Lea, setiap orang dilahirkan secara fitrahnya baik, suci dan bersih dari segala dosa. Lea tak jahat..”

“ Tapi Lea memang jahatkan Umi?.” Azalea pantas memotong percakapan Umi Zainab. “ Lea pembunuh. Lea seorang pembunuh umi! Lea bunuh aa..”Azalea tidak dapat meneruskan kata-katanya.

Tuesday, June 28, 2011

I Think I Love You : Bab 9



Aku tiba lewat di sekolah hari ini. Semuanya disebabkan oleh perkhidmatan bas Nadi Putra yang tergendala seketika akibat kerosakan pada bas yang aku naiki ketika itu. Aku dan penumpang-penumpang yang lain terpaksa menunggu bas gantian selama lebih daripada setengah jam. Hasilnya, aku tiba lewat di sekolah dan ia mencacatkan rekod kedatangan aku yang bersih sebelum ini.

Sampai sahaja di sekolah, aku langsung ke bilik guru untuk mengambil buku rekod. Aku perlu bergegas pula ke kelas 6 Hamka untuk kelas Matematik aku. Belum sempat aku memulas tombol pintu bilik guru tersebut, tombol itu sudah dipulas oleh orang lain.

Tersembul wajah Akmal di ambang pintu sebaik daun pintu dikuak. Aku langsung tak pandang wajah Akmal. Rasa marah aku masih bersisa. Baru sahaja aku bergerak sedikit ke kanan, Akmal juga bergerak searah dengan aku. Bila aku bergerak ke kiri pula, Akmal turut bergerak ke arah yang sama. Akhirnya kami ter‘menari’ pulak dekat depan pintu tu. Agak lama juga kami bernari ‘tango’. Cha cha cha.

“ Stop !” .

Aku naikkan tapak tangan kedepan. Aku lihat Akmal berhenti dari ber‘tango’. Aku pun sama.

Monday, June 20, 2011

Review Novel: Anaknya, Anakku Jua


Sebagai seorang lelaki, amat malu juga rasanya untuk mengakui bahawa aku ini amat suka membaca novel-novel Melayu, dan apabila sebut tentang novel Melayu, tentulah tak dapat lari daripada novel yang bertemakan CINTA!

Aku tak tahu apa yang peliknya bila seorang lelaki membaca novel CINTA, tetapi itulah pandangan sinikal yang aku hadapi dikalangan kawan-kawan aku. Apatah lagi, aku kini sedang menulis sendiri novel bertemakan CINTA (I Think I Love You).

Novel Anaknya, Anakku Jua (AAJ) ini merupakan novel tempatan pertama bertemakan CINTA yang dibeli sendiri oleh aku. Ianya yang Pertama! Sebelum ini novel-novel yang berada dalam koleksi aku kebanyakannya bertemakan thriller dan seram seperti novel-novel Ramlee Awang Mursyid, dan pengarang luar negara seperti Stephanie Mayer dan JK Rowling. Satu-satunya novel CINTA yang berada dalam koleksi aku adalah novel Ayat-Ayat Cinta, tetapi ianya bukan daripada pengarang tempatan. So, novel AAJ ini merupakan yang pertama!

Monday, June 13, 2011

I Think I Love You : Bab 8



Aku tidak terus pulang ke rumah. Aku singgah sekejap di Masjid Sultan Zainal Abidin yang lebih dikenali sebagai masjid besi, mercu tanda terbaru Putrajaya untuk menunaikan solat Asar. Usai solat Asar, aku membuat keputusan untuk mengambil angin di sekitar tasik Putrajaya.

Setelah lama berjalan di persisiran tasik, aku ambil keputusan untuk duduk di bawah pohon palma yang menghadap kawasan tasik.

Aku merenung air tasik dengan pandangan kosong. Keadaan tasik yang tenang, langit membiru dan awan putih yang berambalan di kaki langit berserta angin yang membuai sesepoi bahasa seolah bertentangan dengan gejojak di hati aku kini. 

Aku tak pasti, antara rasa marah, rasa bersalah, rasa sedih dan rasa kecewa, yang mana satu lebih merajai hati. Kalau diikutkan rasa bersalah terhadap Norman, tentunya rasa itu tidak sehebat rasa marah terhadap Akmal. Kalaulah pertemuan sebentar tadi tidak berlaku...tentunya perkara serumit ini tidak akan terjadi. 

"Dik...!" Terasa bahuku disentuh.

Friday, May 20, 2011

I Think I Love You : Bab 7


“ Assalamualaikum.”

Mendengarkan ucapan salam itu, aku terus toleh kebelakang. Serta-merta riak wajah aku berubah. Siapa lagi kalau bukan Akmal yang tak pernah putus asa cuba mendekati aku itu.

"Hmm...ada apa?" Balasku bernada keras. 

" Amboi, macam tu jawab salam? Kot ye pun, jawab la dulu salam saya tu. Berdosa tau." 

Serta-merta aku tertelan liur. Pekat. Buku rekod kedatangan yang telah siap aku periksa ditolak ketepi. Kemudian aku beralih ke arah Akmal. Aku maniskan muka dengan senyum segarit.

" Waalaikummussalam warahmatullah hi taala hiwabarakatuh," amik kau, penuh aku jawab salam tu. 

"Ye cik Akmal, ada apa saya boleh bantu?" Manja suara aku.

Aku lihat Akmal ketawa. "Melebih pulak dia."

Terus aku betulkan duduk. Mujur keadaan dalam bilik guru sekarang ni kelihatan lengang. Buatnya ternampak dek Cikgu Maimunah, teruk aku diperlinya nanti. Bukannya tak tahu mulut murai Cikgu Maimunah yang suka bergosip tu. 

" Hmm..nak apa?" Kali ini nada aku kembali serius. 

Friday, April 22, 2011

I Think I Love You : Bab 6



Selesai waktu persekolahan, aku terus pulang ke rumah sewa yang terletak di Precint 12, Putrajaya. Nampaknya, aku orang pertama yang sampai di rumah hari ini. Housemate aku, Tirah, Syifa dan Syada masih belum kelihatan. Aku terus masuk ke bilik dan merebahkan badan di atas katil.

Aku capai laptop lalu aku cucuk Celcom broadband modem ke USB port. Tak lama kemudian aku terus buka laman Facebook yang dah lima hari aku tak update. Sebenarnya, aku taklah terlalu excited untuk mengemaskini laman Facebook aku tentang rombongan lawatan sambil belajar ke Langkawi kira-kira lima hari yang lepas, sebaliknya aku lebih teruja untuk mencari profile seseorang dalam senarai friend’s list aku.

Aku klik pada akaun yang menggunakan ID ‘Billynain’. Memang betul, inilah page yang aku cari-cari. Ah, kenapalah aku tak perasan dari dulu lagi? Jahatnya kau wahai Norman Gentle. Aku senyum sendiri mengenangkan peristiwa ketika kami sama-sama makan malam dua hari yang lepas di Pulau Langkawi.

“ Kita dah sampai” . 

Aku masih membatu.