Tuesday, June 28, 2011

I Think I Love You : Bab 9



Aku tiba lewat di sekolah hari ini. Semuanya disebabkan oleh perkhidmatan bas Nadi Putra yang tergendala seketika akibat kerosakan pada bas yang aku naiki ketika itu. Aku dan penumpang-penumpang yang lain terpaksa menunggu bas gantian selama lebih daripada setengah jam. Hasilnya, aku tiba lewat di sekolah dan ia mencacatkan rekod kedatangan aku yang bersih sebelum ini.

Sampai sahaja di sekolah, aku langsung ke bilik guru untuk mengambil buku rekod. Aku perlu bergegas pula ke kelas 6 Hamka untuk kelas Matematik aku. Belum sempat aku memulas tombol pintu bilik guru tersebut, tombol itu sudah dipulas oleh orang lain.

Tersembul wajah Akmal di ambang pintu sebaik daun pintu dikuak. Aku langsung tak pandang wajah Akmal. Rasa marah aku masih bersisa. Baru sahaja aku bergerak sedikit ke kanan, Akmal juga bergerak searah dengan aku. Bila aku bergerak ke kiri pula, Akmal turut bergerak ke arah yang sama. Akhirnya kami ter‘menari’ pulak dekat depan pintu tu. Agak lama juga kami bernari ‘tango’. Cha cha cha.

“ Stop !” .

Aku naikkan tapak tangan kedepan. Aku lihat Akmal berhenti dari ber‘tango’. Aku pun sama.

“Step back ! Tepi sikit!”


Aku terus atur langkah menuju ke kelas. Namun langkahku tiba-tiba dihalang oleh Akmal.

“ Syafiqah, please…saya perlu bercakap dengan awak.”

Langkah dimatikan, lalu aku pandang Akmal di depan dengan pandangan yang tajam. Rasa marah dan geram mengeluwap.

“ Please, I need to talk to you.”

Aku tak kuasa nak pandang wajah Akmal lama-lama.

“ Sorry, saya ada kelas sekarang”

“ But please”. Tanganku disentuh tanpa izin.

“ Don’t you ever dare touch me!!”

Menggigil-gigil suara aku menahan marah. Mujur ketika ini keadaan di koridor lengang dan tak ada seorang pun yang menjadi pemerhati drama sebabak ini. Aku terus mengayun kaki ke kelas, dan aku dapat rasakan yang Akmal turut membontoti langkahku dari belakang.

“Saya tak faham, kenapa awak marah sangat dengan saya?”

Aku buat tak peduli.

“ Syafiqah, awak dengar tak?” Kali ini suara Akmal meninggi.

Aku menghentikan langkah. Sejurus melepaskan nafas keras dan memusingkan badan ke arah Akmal.

“ Awak tak faham, atau buat-buat tak faham? I think I’ve made it clear, antara kita tak pernah ada apa-apa! So, apa yang awak buat semalam tu was totally rude,  awak sangat biadap!” Hamburku sambil menayangkan telunjuk ke muka Akmal.

“ Jadi, awak nak saya buat apa? Tell me!” Balas Akmal.

“ Betulkan keadaan.”

“ Betulkan keadaan?” Akmal tertawa kecil seraya tergeleng-geleng.

“Come on...apa yang salahnya dan apa yang nak diperbetulkan? Antara awak dengan abang saya, Norman bukannya ada apa-apa pun?” Duga Akmal.

“ Tapi itu bukan hak awak untuk mengaku yang saya ni girlfriend awak! Kita tak pernah langsung ada apa-apa!”

“ Atau awak sukakan abang saya?” Soal Akmal lagi.

Aku menelan liur yang pekat dan likat. Terasa perit. Nafas terasa mencungap. Ruang dada turun dan naik tidak sekata. Mulut aku hanya bergetar-getar. Aku tak mampu nak jawab soalan tu.   

Aku berpura-pura memandang jam di lengan. Ya, aku sudah terlewat 15 minit untuk ke kelas. Dan tanpa melengahkan masa lagi aku terus atur langkah meninggalkan Akmal di situ. Persoalan itu dibiarkan tergantung.

Sampai di kelas, aku terus menuju ke meja guru dan diluar kawalan dan jangkaan aku, aku lihat Akmal turut berada sama di dalam kelas ini. Mujur rasa terkejut aku berjaya dikawal dengan riak yang tenang. Aku pandang seisi kelas yang begitu luar biasa sepinya. Hanya bunyi kipas siling yang kedengaran.

Aku pandang pula wajah Akmal di sebelah. Debaran di hati bagai menggila tidak terperi lagi. Apa lagi yang dia hendak ni?  

“ Syafiqah, saya rasa awak tahu macam mana hati saya, saya rasa awak tahu macam mana perasaan saya terhadap awak.”

Aku terlopong dan tergamam. Wajah aku membahang. Aku tak tahu nak letak muka dekat mana. Seisi kelas menjadi pemerhati drama sebabak yang Akmal dan aku lakonkan.

“ Peewwittt”

Suara seorang murid lelaki tiba-tiba memecah kesunyian. Aku pasti itu suara nakal Aiman.

“ Pewwit, peewwit”

Bunyi ‘peewwit’ bersahut-sahutan di dalam kelas.

“ Cikgu Akmal nak ngorat Cikgu Syafiqah la !!”

Aku terdengar pula suara pelajar perempuan berbisik-bisik. Rasa malu yang bersarang di dalam diri telah mencapai tahap maksimum, lantas aku tarik lengan baju Akmal keluar dari kelas. Sebelum keluar dari kelas, aku sempat berpesan kepada murid-muridku agar menyiapkan kerja yang aku berikan seperti yang aku tulis pada papan hitam kelas.

Akmal, kau memang cari nahas!


bersambung.....(sorry, another short entry)
.

23 comments:

  1. cepatlah bab baruu... interesting sgt

    ReplyDelete
  2. await cepat nor habis ni...
    huu..next...

    ReplyDelete
  3. wahh..tak sangka best..cepatttt...nexttt..

    ReplyDelete
  4. DAMN! nk baca lagi!! AARRGHH!!

    ReplyDelete
  5. sambungan please....thank u..

    ReplyDelete
  6. nak lagi! nak lagi! next chapter please. xsabar nak tw ap yg jadi. =)

    ReplyDelete
  7. awak.bile nak sambung??xsabar ni..

    ReplyDelete
  8. en.billy...cpt ler smbg bab 10....nk bace nie...nie yg mls kalu stat bace novel or cerpen....huk3...

    ReplyDelete
  9. Please continue with this super awesome story. I can't wait. Love all your writing :D

    ReplyDelete
  10. mana nie...??..dah syoik sesangat nie...aduuiiiyaiiii...

    ReplyDelete
  11. aduai...fotonk stim la cikk billy nie,,da sedap2 bce xde smbung lak,,,

    ReplyDelete
  12. Gantung pula....huhu

    ReplyDelete
  13. mane sambungan ni... lme dh tggu...

    ReplyDelete
  14. ble nak ad smbungan dye...best lar cite ny

    ReplyDelete
  15. Water Hack Burns 2 lb of Fat OVERNIGHT

    At least 160000 women and men are hacking their diet with a simple and SECRET "liquid hack" to burn 2lbs each and every night as they sleep.

    It's painless and it works on anybody.

    This is how you can do it yourself:

    1) Take a glass and fill it with water half the way

    2) And then learn this weight loss HACK

    and be 2lbs lighter as soon as tomorrow!

    ReplyDelete