Sunday, February 13, 2011

I Think I Love You : Bab 4


 “ Okey, dengar sini semua..”

Seisi bas memancing mata ke arahku.

“ Kita ada masa lebih kurang sejam setengah sahaja untuk shopping dekat sini. Saya nak kamu semua jalan dalam kumpulan, tak nak ada yang jalan sorang-sorang. Faham semua?”

“ Faham cikgu.” Perlahan.

“ Saya tak dengar. Faham semua?”

“ Faham cikgu !!!!” Bergegak gempita seisi bas.

Aku turun dari bas dengan langkah longlai. Entah. Aku tak bersemangat nak ber'shopping'
di Pekan Kuah ini. Aku hanya ingin mengawasi anak-anak muridku dari jauh.

“ Cikgu Syafiqah, tak shopping ke?”

Entah bila Cikgu Maimunah berada di belakangku. Senyuman dikoyak sepintas.

“ Saya tak tau nak shopping apa, cikgu”

“Hah, kalau macam tu jom teman saya. Saya ingat nak cari toto dan pinggan mangkuk.”

Aku angguk setuju. Daripada tak buat apa-apa duduk melangut dekat sini, baik aku temankan Cikgu Maimunah yang dah berusia separuh abad ini. Ada jugak faedah.

Cikgu Maimunah membawa aku ke kedai Idaman Suri. Katanya kedai ini menjadi kegemaran para pelancong yang berkunjung ke Langkawi. Sampai saja di pintu kedai, aku lihat Puan Maimunah langsung ke bahagian pinggan mangkuk sedangkan mata aku berpinar melihat barisan coklat yang disusun elok di atas rak. Pelbagai pilihan ada, dari jenama Cadbury, Daim, Tobleron hinggakan kepada coklat kegemaranku, Ferrero Rocher turut dijual di sini dengan harga yang murah.

Habis satu bakul dipenuhi dengan coklat. Aku kerling sekilas ke arah Puan Maimunah. Dia sedang tersenyum sinis ke arahku.

“ Tadi cakap tak tau nak shopping apa. Sekarang, sampai dah penuh bakul tu.”

Aku tersengih. Braces yang aku pakai, dah lama ditanggalkan. Sekarang ini aku tak ragu-ragu lagi untuk tersenyum. Ramai orang cakap senyuman aku amat manis. Entahlah, itu orang yang cakap..

“ Itulah cikgu, coklat-coklat dekat sini murah sangat. Mana saya tahan.”

Aku lihat Puan Maimunah menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum.

“ Okeylah cikgu, saya nak pergi bayar dulu.”

Aku pamit dari situ ke kaunter pembayaran. Bakul yang aku jinjing agak berat juga, ditambah pula dengan laluan yang sempit, membuatkan aku terpaksa berjalan dengan agak perlahan.

“ Excume me.” Aku buat tak peduli.

“ Nak tumpang lalu.” Aku pekakkan telinga. Sengaja aku berjalan dengan lebih perlahan. Tak fahamke jalan sempit ni?

“ Wei !!!”

Aku terasa tubuhku dirempuh dari belakang. Habis berselerak coklat-coklat di lantai kedai. Sape yang kurang hajar ni? Aku nak marah tahap cipan ni.

“ Sori”

Aku bangun menghadap orang yang merempuhku. Aku bengiskan muka macam singa betina yang kelaparan.

" Sorry miss...er...miss?" Lelaki di hadapan aku itu tertunduk-tunduk. Kemudian berhenti memandang aku dengan pandangan yang pelik. Aku yang turut berasa pelik, turut memandang lelaki itu.  

Oh damn!!

Entah mengapa lidahku kelu, mulutku terkunci. Punyalah hensem dan macho mamat yang ada dekat depan aku ni sampai aku tak jadi nak marah. Aku tak tipu. Serius lagi hensem dari Brad Pitt.

“ Syafiqah?” Jari dituding ke arahku.

Aku tuding balik jari ke arah lelaki tersebut. “ Erk??”

“ Syafiqahkan? Ni, Norman ni.”

Aku angguk perlahan, kemudian aku tunjuk geraham paling kanan tanda tak faham.

“ Mak la ni. Norman, a.k.a Norman Gentle.” Norman beria mengingatkan aku. Siap dengan gaya tangan terkepak kedepan lagi. Kepala dah macam kura-kura keluar masuk cengkerang.

‘Astaghfirullah’. Aku mengucap dalam hati. Boleh pulak si Norman ni buat perangai kura-kura dia dekat sini, tengah-tengah orang ramai pulak tu. Hilang habis macho tu.

“ A..aku, eh sa.. saaya.” Kenapalah tiba-tiba pulak aku boleh jadi gagap ni. Hampeh betul..

“ Awak buat apa sini?” . Norman memotong cakapku. Suara jantan yang penuh karisma.

Aku pandang Norman dari bawah ke atas. Memang lain. Dulu boroi sekarang tough, dulu pendek sekarang tinggi, dulu bunga sekarang stylo, dulu belah tepi sekarang spiky. Aku tak sedar yang mulut aku dah ternganga luas.

“ Oit, saya tanya, awak buat apa dekat sini?”

Aku tutup balik mulut aku. Ah, malunya !!! Sungguh aku tak sangka doa aku di puncak Machinchang semalam dimakbulkan Tuhan secepat ini.

“ Erm, saya bawak rombongan sekolah buat lawatan dekat sini. Awak?” Aku berasa canggung.

“ So.. awak cikgu?”

Aku angguk. Aku tak berani nak pandang mata Norman lama-lama.

“ Erm, saya pulak kursus dekat sini dua minggu.”

Kami diam seketika. Tak tahu apa yang nak dibualkan. Aku nyanyi lagu ‘Pagi Yang Gelap’ nyanyian Hujan sambil pandang lantai. Coklat-coklat masih berselerak, lantas aku tunduk untuk memungut kembali coklat-coklat tu. Norman turut sama menolongku. Selesai membuat pembayaran, aku lihat Norman tercegat di depan pintu kedai. Tengah tunggu aku kot.

“ Tak baik makan coklat banyak-banyak.” Norman membuka bicara.

“ Nanti gigi jongang”

Aku ketap gigi geraham bawah. Aku hadiahkan senyuman yang paling manis untuk Norman. Sengaja nak tayang gigi cantik aku. Hahaha.

“ Wah, cantiknya senyuman awak.”

Aku buat-buat tersipu malu. Aku pandang muka Norman yang sedang tersenyum ke arahku. What a perfect crooked smile!!! Berdetar hati wanita aku.

“ Cikgu Syafiqah, sudah ke belum? Bas dah sampai tu.”

Tiba-tiba cikgu Maimunah di belakangku.

“Owh, dah cikgu. Saya tengah tunggu cikgu ni. Jom la.”

Aku sebolehnya ingin pergi cepat dari situ. Aku pasti Norman dapat merasakan yang aku cuba mengelak daripada berlama di situ

“ Eh kejap.” Aku mematikan langkah.

“ Ni kad nama saya, senang-senang contact la”

*****************************************************************

Aku ubah posisi ke kanan dan aku peluk erat bantal empuk yang disediakan pihak hotel. Aku lihat Cikgu Maimunah telah lama tidur di katil sebelahku. Aku dari tadi bermati-matian untuk tidur, namun tidak dapat juga melelapkan mata walau sepicing pun. Pertemuan dengan Norman sebentar tadi benar-benar memborgol jiwaku kini. Sampai kini masih terbayang-bayang diingatan.

Aku tatap kad nama yang diberikan Norman kepadaku siang tadi.

          Norman Harris Bin Rusydi
         Peguamcara & Peguam Bela

Aku pandang pula nombor telefon yang tertera di bahagian bawah kad itu. Ah, nak telefon ke tak? Ke nak SMS je? Kalau call, nak ke dia jawab? Apa pulak yang aku nak cakap nanti? Lama aku berfikir, akhirnya aku ambil keputusan untuk menghantar mesej sahaja. Aku capai telefon di sisi dan aku tulis perkataan ‘salam’ disusuli dengan pertanyaan ‘ hai tgh bt ape tu?’ Di penghujung mesej itu, aku kepilkan nama aku supaya dia tahu siapa penghantarnya. Setelah itu, aku masukkan pula nombor telefon seperti yang tertera pada kad itu.

Aku hampir menekan butang ‘send’ bila tiba-tiba aku kembali ragu-ragu. Ah, nak hantar ke tak ni? Tak payahla, aku malula. Gatal sungguh! Aku ambil keputusan untuk tidak menghantar mesej tersebut dengan menekan butang ‘cancel’ tanpa aku sedari yang sebenarnya aku telah tertekan butang ‘send’. Bila aku tersedar sendiri akan kesilapan aku, aku jadi gelabah. Hatiku bergegar kencang saat ini.

Satu saat, dua saat, lima saat, sepuluh saat, dua puluh saat, tiga puluh saat, empat puluh lima saat, 60 saat...handsetku vibrate. Tanpa sesaatpun dibazirkan, aku terus membuka mesej yang diterima.

 ‘ Wslm, sy tgh tgu awk ar ni, knp tak kol je? Takde kredit ek. Takpe, jap lg sy kol awk’

Ah sudah! Dia nak call la pulak. Aku gelabah dalam diam. Dalam dok gelabah tu, tanpa berfikir panjang aku terus offkan handset. Aku letak handset aku di dalam laci, aku tarik selimut dan tutup lampu meja.

 Aku serious tengah nervous ni.


Bersambung.....

10 comments:

  1. owh...sila nantikan sambungannya ek..hehe

    ReplyDelete
  2. halamak..nk bc ag...

    ReplyDelete
  3. yeayy..da jumpa semula <3
    nak lagi!!! ;)

    ReplyDelete
  4. wyna: hehhe..tenkiu...stay tune! next episode coming...

    ReplyDelete
  5. nrman tuh sweet giler lha . hahha ;p nice !

    ReplyDelete
  6. ckgu tuh lbeh krg mcm sy jekk. haaha.
    send msej den off tpon kalu da nervous.. :)

    ReplyDelete
  7. kenapa cikgu maimunah? mak aku tu. hahaha!

    ReplyDelete
  8. Trik Cepat Menang Taruhan Bola Online https://108.179.216.133/ Main Handicap Sbobet – Pada artikel hari ini kami akan memberikan https://www.tangkasnet77.net/ Trik Cepat Menang Taruhan Bola Online kepada Sobat agar bisa menerima keuntungan dalam permainan taruhan bola online dengan gampang dan pesat.

    Memang dalam tiap permainan Taruhan Judi Online Bola https://50.116.102.128/, kemujuran menjadi elemen utama agar bisa menerima kemenangan dalam bertaruh namun seandainya tak diimbangi dengan tips dan trik yang bisa Sobat muat sendiri maka kemenangan tak akan kunjung datang.

    Sekiranya Sobat para penggemar http://www.daftar-judidadu.com/ olahraga sepak bola maka tak akan mengasyikan seandainya tak diimbangi dengan menjalankan taruhan bola disela-sela sedang menonton perlombaan bola yang sedang berlangsung. Banyak tim besar yang bisa Sobat https://www.idnplaypokerapk.com/ taruhkan bersama kami seperti : Liga Champions, Liga Eropa, Liga Inggris, Liga Spanyol, Liga Jerman, Liga Italia, Liga Prancis, Piala Dunia, Piala Eropa dan liga lainnya yang tersedia pada akun taruhan Sobat.

    ReplyDelete