Thursday, July 29, 2010

I Think I Love You : Bab 1


7 tahun sebelum hari ini........

Perasaan marah merajai hati. Aku menggerutu dalam diam. Hanya bibirku yang bergerak-gerak dengan nada bisu, menghamburkan kemarahan. Setelah beg kuletakkan di tempat duduk, aku pantas mengayun kaki ke tempat Norman. Lengan panjang uniform sekolah aku selinsing hingga ke paras lengan.

Meja Norman kuketuk dua kali. Sekuat hati. Aku nak marah tahap cipan ni.

“ Opocot kau nyah, terkejut mak..”

Norman mengurut-ngurut dadanya. Majalah Mangga yang dibaca sembunyi-sembunyi di bawah meja sebentar tadi, diletak elok di atas meja. Norman bangun mencekak pinggang tak puas hati.
“ Mak ni syukur sangat sebab takde sakit jantung tau nyah..tak ke nanya kalau mak arwah tadi?” Bebel Norman dengan gaya tangan terkepak ke depan siap dengan gaya kepala ala kura-kura keluar masuk cengkerang lagi.
Aku menyembunyikan senyuman. Tergelak dalam hati. Hilang sekejap rasa marah aku yang membuak-buak tadi. Kalau dah lembut tu lembut jugaklah! Muka marah Norman tak menjadi. Tak takut langsung.

Aku turut sama mencekak pinggang. Menentang pandangan Norman. Kening kiri sengaja aku jongketkan sebanyak tiga kali. Cuba untuk mengundang reaksi marah Norman.
“ Kau!!” Norman angkat kening. Nampaknya umpan aku menjadi.

Norman gentle..haha”

“ Again?”

Norman menyinga. Aku tau Norman cukup pantang dengan panggilan itu walaupun memang sah-sah dia ni ‘gentle’ ala-ala sotong kurita.

Aku tersengih tayang braces. Gigi aku jongang, sebab tu aku jarang senyum. Setakat sengih sikit-sikit tu aku tak malu sangat. Aku pandang perut boroi Norman. Lagilah aku nak tergelak. Aku control supaya tak gelak…mata kubulatkan dan aku jegil ke arah Norman.

“ Aku nak kau buang gambar aku dalam Facebook kau!”. Aku lihat Norman menggaru-garu kepalanya. Aku tau Norman garu sebab banyak kelemumur. Tebal 3 inci.

“ Gambar nombor tiga tu. Aku tak suka”

“ Tapi mak suka la…gambar tu best.”

Norman tunjuk tanda bagus depan muka aku. Aku capai ibu jarinya lalu aku tekan kuat-kuat sampai nak terpatah. Norman menggelupur menahan sakit.

“ Sakit weh..ghhhh!”. Keluar pun suara jantan Norman. Terkial-kial Norman mengibas-ngibas tangannya bagi menghilangkan rasa sakit.

“ Kau gila ke Fiq? Kalau terpatah jari aku tadi macam mana?” Sambung Norman lagi.

“ Aku tak kira, aku nak kau buang jugak gambar tu”. Suara aku naik satu level tinggi.

Kan cantik gambar kat pantai tue..gambar aku dengan kau. Kau pose maut nyah, meletop gitu.”

Bila difikirkan balik, gambar yang Norman letak dalam Facebook nya itu, bukannya tak cantik, bukannya aku tak suka, memang aku suka. Tetapi mengenangkan gambar itu boleh menjatuhkan reputasi brutal aku, aku tak sanggup. Mana aku nak letak muka depan geng-geng aku Tirah, Syifa dan Syada kalau diorang tahu aku bergambar dengan Norman gentle?

“ Kau tak takut ke? Nanti orang kata kau gay pulak. Kalau dengan orang lain aku tak kesah sangat, tapi kalau dengan aku, aku tak nak!”

Aku lihat Norman garu hidungnya pula. Kali ni aku tak sure sebab apa, takkanlah sebab kelemumur pula. Aku rasa ni mungkin sebab resdung, kot. Ini hipotesis aku.

“ Takde maknanya, kau tu perempuan, mak ni lelaki, asal lak orang nak cakap gay?” Lagi sekali kepala Norman macam kura-kura keluar masuk cengkerang.

Aku herot mulut ke kanan. Dah mati modal. Aku tau memang aku perempuan, tapi aku tak macam perempuan, aku ganas, aku keras, penampilan aku dah memang macam lelaki. Bila difikir-fikirkan balik, aku rasa aku dengan Norman mungkin dah tertukar sifat semasa kami kecil lagi. Astaghfirullahhalazim...apa aku mengarut ni?

“ Kau jangan…aku cakap buang, buang jelah. Kang aku smackdown baru tau!”

Aku tetap berkeras. Si Norman gentle ni, kalau bab perang mulut memang tak pernah aku menang punya. Terpaksalah aku guna amaran kekerasan. Aku lihat Norman menggigit kedua-dua belah jarinya dengan riak muka ketakutan.

“ Kau nampak benda ni?” Soal aku sambil menunjuk ke arah siku aku yang telah dinaikkan ke atas. Aku sudah berkira-kira untuk menyiku saja kepala kura-kura Norman ni.

“ Kau jangan nyah...takut mak.” Aku lihat Norman menapak setapak kebelakang sambil menyilang kedua-dua tangan di hadapan wajahnya.

Aku menurunkan tangan ke bawah. Aku pandang ke arah Norman dengan pandangan yang tajam. “ So?”

“ Apa so so nyah?” Soal Norman kembali, membuatkan aku kembali meradang.

“ Kau tak paham-paham lagi? Hmm..” Aku terangguk-angguk. Kemudian terpandang ke arah siling kelas.

“ Okey...kau nampak tak kipas angin tu?”

Norman mengangguk.

“ Kau nak aku sangkut kau kat kipas angin tu? Nak?”

Kali ini amaran kekerasan yang aku berikan sudah mencapai tahap dewa. Aku lihat Norman tersengih-sengih bagai kerang busuk.

“ Orait-orait, kau nii...menakutkan aku lah nyah. Nanti aku delete gambar tu.”

Aku mengoyak senyuman. “ Hah, beres.” Tukasku perlahan.

=

3 comments: