Friday, July 23, 2010

Cerpen: Cinta Bersemi di Tanjung Dawai

=>>ini merupakan hasil karya saya yang pertama sejak menceburkan diri dalam penulisan kreatif ini kira-kira setahun yang lalu. Ketika itu saya sedang menjalani praktikal di KLCC...so banyaklah kekurangan for a first timer



Malam masih pekat dan muda. Kuala Lumpur masih bernafas. Kerlipan lampu neon dan simbahan cahaya dari kereta yang lalu lalang benar-benar menghidupkan suasana. Gelagat muda-mudinya usah ditafsir. Pelbagai karenah dan ragam.
Dari jauh kelihatan sekumpulan anak gadis asyik berborak di satu sudut di perkarangan sebuah kompleks membeli-belah. Tawa hilai dan tingkah-laku mereka seakan tidak mempedulikan orang ramai yang lalu lalang. Tiada langsung terbit rasa malu walaupun ada mata-mata nakal menjeling ke arah mereka. Benarlah, hidup di bandar besar seperti Kuala Lumpur ini ala-ala nafsi-nafsi.

“ Maria, kau dah siap homework yang Mr Lim bagi tu, aku pinjam boleh?”

Soalan Anne itu membuatkan tawa hilai mereka berhenti seketika. Masing-masing terentang kerut di dahi, tidak kurang yang menggaru-garu kepala, seolah-olah soalan tersebut bagai satu bisa yang menyentap mood pemiliknya.

Tiba-tiba Wazi gelak.Panjang dan lantang. Entah apa yang lucunya. Hatinya bagai digeletek tatkala melihat wajah muram rakan-rakannya. Anne, Maria dan Syazana menjadi pelik.

Come on doh, apa nak kecoh-kecoh , apa yang kau orang nak risaukan. Esok kita pinjam lah sape-sape punya buku, pastu copy, kan senang? Kalau tak pun tak usah langsung pergi sekolah, yang itu lagi senang,”

Wazi meneruskan sisa tawanya yang semakin melebar. Kali ini lebih lantang.Sesekali dia menyedut rokok yang setia di tangannya. Sekelipan sahaja, ruang yang sunyi seketika sebentar tadi meriah semula apabila tawa Wazi disambut oleh Maria dan Syazana.

Anne hanya tersengih. Senang la kau orang cakap, tak usah pergi sekolah konon. Itu kau orang, aku lain. Mak aku dekat rumah itu garang bukan main. Ni nak mintak keluar malam ini pun bukan main barpeluh siang tadi. Ain seakan ingin menjerit tetapi tekaknya kering.

“ Betul doh, kita datang sini nak enjoy, bukannya nak fikirkan pasal homework tu, buat pening kepala aje. Yang penting kita enjoy,betul tak Anne?

Syazana menghalakan telapak tangannya ke arah Anne. Anne hanya memandang wajah Syazana dalam keadaan terkebil-kebil.Tidak tahu berbuat apa-apa. Sama ada mengiya mahupun mempersia. Seketika, bibirnya merekah senyuman diiringi dengan tawa hilai yang menyusul kemudiannya. Lantas tangan ngomelnya menampar tangan Syazana yang sudah lama berada di hadapannya. Mereka ketawa lagi.

Dari jauh kelibat anak-anak muda ini diperhatikan oleh seorang tua dari dalam perut keretanya. Diamati dan dianalisanya. Pakaian yang sendat dan berseluar jin lusuh,menampakkan figura badan seoarang gadis yang boleh meniupkan nafsu serakah si ayam jantan.Pergaulan yang hilang adab sopan tidak mencerminkan adat ketimuran yang sepatutnya dijunjung tinggi.Tiada kata yang mampu terucap. Kerutan membentuk corak di dahi, seraya dia menggeleng-gelengkan kepalanya. ‘Rosak anak-anak muda ini’, fikirnya.

Tatkala menoleh pandangannya ke sisi, mata Anne tertacap pada sepasang mata yang merenungnya jauh dari dalam perut kereta itu. Serasa jantungnya berdetar kencang,suhu badannya turun naik.Air mukanya berubah. Segera dia mengalihkan pandangan ke arah rakan-rakannya yang masih rancak dengan hilai tawa. Gelora di hati cuba disembunyikan.Anne cuba berlagak selamba.

“ Wassup Anne, what’s wrong?” Soal Maria setelah mengesan raut resah pada wajah kawannya.

“ Em, tak ada apa-apa.” Anne cuba mengukir senyuman. Hambar.

“ Kau tipu ye. Kenapa muka kau lain benar?” Soal Maria lagi sambil menghembus asap rokok yang disedut lama tadi.

“Em… Aku nak balik! Pukul berapa dah sekarang ni?” Anne tergagap-gagap.

Maria tunduk melihat jam di lengannya.Kabur. Seraya dia mengangkat lengannya sedikit ke atas supaya simbahan lampu neon membantunya melihat dengan jelas.

“ Pukul satu setengah!”

Anne menjegilkan biji matanya. Air liur ditelan lambat.

“ Apa? Dah lambat ni. Aku janji dengan mama aku nak balik sebelum pukul 12. Mampus aku! Cepat lah hantar aku balik.”

Motorsikal berkuasa tinggi milik Wazi dipecut laju membelah kehangatan malam. Anne menumpang Wazi manakala Syazana menumpang Maria. Masing-masing berlalu ke arah yang bertentangan.

****************************************

Wah, aku suka. Kau suka tak ?” Soal Kimi kepada Adli. Menjuling biji matanya tak berkelip-kelip.

“Boleh tahan beb. Mengancam. Muka cun !” Adli tak dapat menyembunyikan lagi kekagumannya. “ Kau tengok rambut tu. Agak-agaknya rebonding kot”, sambung Adli lagi.

“Alah, guna jari pun boleh..” tiba-tiba si Syaji yang duduk di depan mencelah sambil megurai-urai rambut ikalnya.

“ Sudah, kami tak minat. Tak habis-habis nak promote shampoo Rejoice dia tu. Kami pakai shampoo Clear je tau.” Kimi menyeringai tawa sambil disambut Adli.

Syaji mencebik. “Diamlah korang. Tengok depan tu.”

“Kelas, perkenalkan, ini rakan baru kamu dari KL. Okey sila kenalkan diri kamu.” Kata cikgu Amaleena kepada gadis disebelahnya yang sedari tadi mencuri perhatian seisi kelas.

“Nama saya Ain Nuratikah bt. Mustafa. Boleh je panggil saya Anne.” Ucap Ain ringkas. Sebolehnya dia mahu merahsiakan identitinya. Alah..8 bulan je lagi aku kat sini. Desis hatinya.

“Zaim, tempat sebelah kamu tu saya nampak macam kosong ?” Cikgu Amaleena menyoal.

Zaim hanya mengangguk dua kali. “Okey, Ain kamu pergi duduk kat situ.” Cikgu Amaleena memberi arahan.

“Ada caan.. !” Adli menepuk belakang Kimi.

“ Jangan haraplah. That girl is mine!” Kimi tak puas hati. Zaim yang duduk di sebelah Kimi hanya menggeleng-geleng kepalanya. Nampaknya, habis angaulah budak-budak lelaki kelas ni. Zaim mendesis.

**************************************

Ain melemparkan beg sekolahnya ke atas katil lantas menghempapkan badannya ke atas tilam kekabu itu. “Aduh..sakit doh. Kerasnya tilam ni!” Ain mendegus geram. Belakangnya sakit-sakit. Ain bangun duduk di sisi katil. Belakangnya diurut dan ditumbuk-tumbuk perlahan. “Ni semua mama punya pasallah. Tak pasal-pasal aku kena meringkuk dalam penjara ni. Tempat macam neraka !” Ain menggerutu lagi.

Sudah seminggu Ain berada di kampung halamannya di Tanjung Dawai, Kedah. Sudah seminggu jugalah dia bersekolah di sebuah sekolah menengh yang terletak di puncak sebuah anak bukit. Tempat yang begitu asing baginya. Kehidupan yang jauh berbeza berbanding di kota metropolitan Kuala Lumpur.

Hati Ain meronta saat ibunya, Puan Rozana membuat keputusan untuk menghantarnya ke kampung. Dia tak dapat berbuat apa-apa. Malam itu segala rahsianya terbongkar. Saat dia tertangkap kerana pulang lewat malam itu, dia seperti biasa akan mencipta alasan yang mudah saja dipercayai oleh Puan Rozana. Sangkanya dia bijak, tapi Puan Rozana lebih bijak. Kali ini Puan Rozana tidak mentah-mentah mempercayai alasan anak tunggalnya itu. Puan Rozana telah mengarahkan pembantu peribadinya, Encik Faris Faiz untuk mengintip setiap pergerakan anak gadisnya. Kebijaksanaan Ain dalam mencipta pelbagai alasan telah memperbodohkan dirinya sendiri. Malam itu juga keputusan untuk menghantarnya ke kampung dibuat dan sehari selepas itu dia terus di hantar ke kampung.

Ain meraup telapak tangannya ke wajah. ‘Dah weekend ni, boring doh..apa aku nak buat ni’ ? Ain kembali baring di atas katil. Sakit badannya masih bersisa. Lantas Ain mengiring ke kiri untuk mendapatkan posisi yang lebih selesa. ‘Rindu korang’ Ain bermonolog. Teringat dia akan Wazi, Maria dan Syazana di KL. ‘Agaknya korang rindu kat aku tak ?’

Ain mencapai beg sekolahnya. Poket kecil beg itu dibukanya. ‘Ada lagi ?’ Ain tak percaya. Ini merupakan surat ketiga yang diterimanya sejak seminggu bersekolah di situ dan ia dari orang yang sama ! ‘What the hell is this ? Kimi..lantak kat kaulah, malas aku nak layan. Tak gentleman langsung. Kalau nak sangat kapel dengan aku, face to face la !’ Lantas surat yang telah digumpal-gumpal itu di baling ke dalam tong sampah.

***********************************************

Angin semilir pantai menghempas-hempas penuh kelembutan. Ombak tidak galak tetapi hempasannya begitu mengasyikkan. Sang awan bergerak perlahan-lahan ditiup sang angin, dan sang matahari seakan segan silu menembusi sang awan sambil burung-burung bermain riang di celah-celahan sang awan. Panorama yang indah dan mendamaikan seolah bertentangan dengan gelojak jiwa yang memborgol hatinya saat ini.

“Aku tak faham. Arghh !!!” Zaim menjerit sekuat hatinya. Burung-burung yang hinggap di bongkah batu bertempiaran lari. “Kenapa aku selalu termimpi-mimpikan dia ?” Zaim bermonolog pula.

“Apa yang kau tak paham tu ?” Satu suara tiba-tiba menyapa. Zaim segera menoleh. Hampir terjelepok Zaim di celahan batu. Di lihatnya Ain Nuratiqah sedang berjalan ke arahnya.

“ Jangan dekat ! Kang aku baling ketul batu ni!” Zaim memberi amaran. Seketika Zaim berasa kedua-dua belah pipinya kebas. Badannya tergoncang-goncang.

“Eh apasal kau nih ? Pelik semacam.” Zaim baru perasan Kimi sedang menggoncang-goncang tubuhnya. Lantas dia berdiri. Kakinya sakit-sakit akibat terjelopok di celahan batu sebentar tadi.

“Aku balik dulu.” Zaim berlari pantas meninggalkan Kimi yang masih terpinga-pinga.

**************************************

“Aida nampak Kak Ain macam boring je. Jom pegi pantai nak ?’ Soal Aida Yanti kepada kakak sepupunya Ain.

“Berapa kali aku dah cakap, jangan panggil aku kakak, aku dengan kau beza setahun je pun. Lagi satu, panggil aku Anne, bukan Ain !!”

Aishah memuncungkan mulut. ‘Sayang, nama dah sedap, tapi nak juga nama mat saleh tu.Menyampah!’ Aida Yanti mendesis.

“Hmm..tapi idea kau nak pergi pantai tu cam best juga. Jomlah tunjukkan aku’. Aida Yanti menarik balik muncungnya seraya menguntum senyum.

“Okey.”

Dalam perjalanan ke pantai mereka berselisih dengan Zaim yang sedang berjalan dalam arah yang bertentangan dengan mereka. Zaim berjalan perlahan setelah seketika tadi berlari pantas meninggalkan Kimi.

“Hai !” Ain menyapa Zaim.

Langkah Zaim terbejat. Berhenti memandang Ain. Lama. Dilihatnya pula Aida Yanti. Dia kenal budak itu. Cucu kesayangan Mak Leha dan Pak Saad. Pandangannya bersilih kembali pada Ain.

“ Hai, wassup ?” Ain melambai-lambai pula tangan kanannya. Zaim seperti takut dan bingung, lantas memasang kembali langkahnya dan terus berlari meninggalkan mereka berdua.

Ain mencekak pinggang. ‘Aku tak paham betulla dia ni’, Ain bermonolog sendiri. ‘Aku tegur elok-elok, boleh pula dia lari macam tu je. Misteri betul. Kenapa dia lari ha ? Apa aku ni pelikkah ?’ Ain meraba-raba mukanya. Okey jer. ‘ Ingin tahu jawapan kepada misteri ini ? Bersama saya lagi di minggu hadapan pada hari dan waktu yang sama’. “Kahkahkah”, Ain gelak sendirian, ada hati pula nak jadi pengacara.

“Apa yang Anne gelakkan tu ?” Lamunan Ain bersepai.

“ Ah, takde papelah. Jom cepat pegi pantai.”

Mereka meneruskan perjalanan.

“Kenal ke mamat tadi tu ? Pelik semacam Aida tengok.”

“Ah mamat tadi tu classmate aku. Aku duduk sebelah dia dalam kelas. Mamat tu memang pelik. Dah seminggu aku duduk sebelah dia, boleh dia buat aku macam tunggul. Aku tanya sepatah, dia jawab sepatah. Tak friendly langsung. Tadi tu tengokla, aku tegur boleh je dia buat tak tahu ?”

“ Tapi kan, Aida tengok, boleh tahan hensem mamat tu..”

Ain mencebik. Dihulurnya dua jari ke dalam mulut. Sengaja Ain buat-buat nak termuntah. ‘Hensem apanya, rambut macam dawai karat saja pun. Berselirat. Berserabai. Hensem lagi si Kimi tu.’ Ngomel Ain di dalam hati. Sejenak…Dia tergelak sendiri.

************************************************

Ain masih di tempatnya. Sendirian. Rakan-rakan yang lain telah pulang ke rumah masing-masing. ‘Banyak pula homework hari ni’. Ain merungut dalam monolog tanpa suaranya. Rungutan yang terzahir hanya pada gerakan bibir bisu. Tetapi di dalam hati, sebaliknya. Rasa syukur dipanjatkan. Dia bersyukur kerana sekurang-kurangnya dia berusaha sendiri untuk menyiapkan setiap homework yang diberi. Jika masih di Kuala Lumpur, tidak dapat dibayangkan bagaimana masa depannya kelak, hidup terlalu bebas dan sebetulnya dia telah rosak jika bukan disebabkan ketegasan Puan Rozana, ibunya sendiri.

Kini setelah tiga bulan di kampung, hubungan Ain dengan ibunya semakin baik. Dia tenang hidup di kampung ini. Malah dia sendiri yang membuat keputusan untuk terus tinggal di sini walaupun ibunya mengajak dia untuk kembali ke Kuala Lumpur. Ain kata, biarlah dia tinggal di sini hingga peperiksaan SPM tamat.

Ain tak pasti sampai pukul berapa dia harus berada di sekolah. Dia ingin menyiapkan kerja matematik tambahan yang diberikan oleh Cikgu Amaleena terlebih dahulu. Ain berhenti seketika. Pennya di letakkan di atas meja. Kemudian meraba bawah mejanya. Sebuah beg plastik dikeluarkan. Sehelai selendang Pashmina cokelat berada di dalam plastik itu. Spontan dahinya berkerut. ‘Siapa pula yang bagi selendang ni ?’ Soalnya sendiri.

Plastik itu diteroka, selendang itu diselak-selak, cuba mencari kalau-kalau ada terselit nama pemberi. Namun tidak juga dijumpainya. Penat menggeledah, Ain menyimpan selendang itu di dalam beg galasnya. Kemudian, dia menggeliat perlahan. Badannya diliuk-liukkan dan tangannya dihulurkan ke atas. Tanpa Ain sedar, seseorang memeluknya dari belakang. Ain menoleh. Serasa jantungnya berdebar kencang saat wajah Kimi mengisi ruang mata.

“Apa kau nak ha ?” Ain merengus kasar.

“Kau !” Kimi menjawab.

“Kau gila !”

“Ya ! Aku memang gilakan kau. Aku sayangkan kau. Kenapa susah sangat kau nak terima cinta aku ?”

“Tapi ini bukan caranya ! Lepaskan aku !” Ain meronta tetapi Kimi semakin mengejapkan pelukannya.

“Cara bagaimana lagi yang harus aku buat ? Surat-surat aku, hadiah-hadiah yang aku berikan..tak cukupkah lagi ?”

Buat seketika, mereka terdiam sepi. Ain masih erat dalam pelukan Kimi. Buat pertama kalinya Ain merasa pelukan seorang lelaki. Dia tidak pernah merasa sebelum ini. Sejak kecil dia tak merasa kasih sayang seorang ayah. Ibunya diceraikan oleh ayahnya untuk berkahwin lain.
Kimi mengelus-elus lembut rambut Ain. “Cantik rambut kau.” Kimi memuji Ain penuh romantis.

Ain tidak lagi meronta. Entah mengapa, saat itu dia berasa bahagia. Sesuatu yang belum pernah dirasakannya sebelum ini. Ain beralih posisi menghadap Kimi. Kali ini Kimi melirikkan pula jemarinya ke wajah Ain. Mata saling memandang, hati tertacap dan terpaut, nafsu membuak dan membara…ahh tewas !!! Maka bertepuk rianglah makhluk ketiga.

Tidak lama, Ain seolah tersedar dari mimpinya. Saat itu tubuh Kimi telah berada di atas tubuhnya. Dengan segala kudrat yang ada Ain menolak tubuh Kimi sekuat hatinya. Kimi terdorong kebelakang lalu mengenai meja. Ain pintas bangun melarikan diri, tetapi belum sempat sampai di pintu kelas, kakinya di sambar Kimi.

“Jangan pergi !” Kimi terjerit spontan. “Aku tahu kau pun sukakan aku. Tadi buktinya !”

“Lepaskan aku ! Jangan ingat aku semudah itu !” Ain meronta namun kudratnya tidak mampu melawan kudrat Kimi. Ain terjatuh menghempap Kimi, lantas Kimi mengambil alih posisi. Ain meronta dan menjerit sekuat hatinya.

“Binatang !!!”

Satu tumbukan padu tepat mengenai muka Kimi disusuli dengan tumbukan silih berganti di bahagian perut. Kimi terjelopok di sudut kelas. Darah merah mengalir menuruni hidung dan mulutnya. Kimi terlalu lemah. Dia tak mampu melawan.

Zaim mencapai tangan Ain lalu dibawa keluar dari kelas. Ain membontoti tanpa melawan. Segera Zaim membonceng Ex5nya lalu menghantar Ain ke rumah Mak Leha.

****************************************

“Awak selalu datang sini ?”

Zaim menoleh. Dia masih ragu-ragu, benarkah ini ? Untuk kepastian Zaim menampar pipinya. Sakit. Kali ini dia pasti, bukan lagi mimpi.

“Em..ye, s..ssaya selalu datang sini bila weekend.” Jawab Zaim tergagap-gagap. Ain mengambil tempat duduk di sebelah Zaim, menghadap ke pantai. Zaim membetulkan duduknya serta menegapkan badannya. Nafas ditarik dalam-dalam. Saat dia cuba bertenang, jantungnya pula berdegup kencang bagai dapat didengari sendiri oleh telinganya ! Entah mengapa !

“ Terima kasih sebab selamatkan saya hari tu.” Ain membuka bicara. Zaim masih menyepi, tapi sempat diukirkan senyuman kepada Ain.

“Awak okey ?” Soal Zaim dengan nada suara yang hampir tidak didengari. Terlalu perlahan.

“Saya okey.” Jawab Ain turut tersnyum. “Kimi dah dibuang sekolah. Awak tahu tak ?”

Zaim hanya mengangguk dua kali. Bagai burung Belatuk lagaknya. Sebetulnya dia pun tahu Kimi dibuang sekolah setelah diberitahu oleh Adli.

“Lama awak tak datang sekolah ? Lama saya cari awak. Rupanya awak kat sini.” Ain menyoal, tetapi Zaim hanya berdiam diri. Apasal susah sangat mamat ni nak cakap ? Sepuluh patah aku tanya sepatah pun dia tak jawab. Ain berleter sendirian.

“Saya… takde mood. ” Lambat-lambat Zaim membalas.

“Eh boleh pula macam tu ?”

Zaim hanya tersengih. Macam kerang busuk. Seketika Ain terpesona. Di sebalik rambut keriting bagai dawai karat milik Zaim itu, tersembunyi senyuman yang menawan, ditambah pula dengan barisan gigi putih yang teratur, menambahkan lagi manisnya.

“Awak cute..” kata Ain jujur.

Zaim merona kemerahan. Lantas dia membuang pandangan ke laut. Dari ekor matanya, dia tahu Ain sedang memerhatikannya. Zaim tak berani menoleh. ‘ Dia ni nak mengorat aku ke hah ?’ Zaim mendesis.

Lama mereka diam. Hanya bunyi kicauan burung yang kedengaran. Zaim masih cuba mengawal gemuruh. Ain sememangnya sedia selamba.

“Awak ni memang tak banyak cakapkan..”Soal Ain.

Zaim mengangguk sekali tanda mengiakan. “Sebab tu saya tak ramai kawan. Saya ni membosankan. Awak pun mesti bosankan ?”

Ain menggeleng. “Pada saya, awak ni satu dalam sejuta. Susah nak jumpa lelaki macam awak sekarang ni.”

Sekali lagi Zaim merona kemarahan. Kali ini bagai ada hawa panas yang mengewap keluar dari kedua-dua telinganya. ‘ Sah, dia ni nak ayat aku nih’, desis Zaim lagi sambil tersenyum.

“Kenapa senyum sorang-sorang ?” Alamak kantoi !!

Zaim menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. “Nothing..”

“Awak tahu tak pantai yang kat depan tu pantai apa ?” Ain menggeleng tak tahu.

“Hah, itula Pantai Merdeka, laut kat depan ni, selat Melaka dan yang dekat sebelah kiri tu muara Sungai Merbok. Yang dekat belakang tu tau tak ape ?” Zaim menyoal Ain.

“Ooo..tu Gunung Jerai. Saya pun tau !” Ain tersenyum sendiri. Macam tajuk lagu ‘Cinta kita di Pantai Merdeka’ saja, nyanyian kumpulan Jinbara. Tapi…aku bukannya jatuh cinta pun !

“Awak, saya nak tanya, tudung yang saya pakai ni, awak yang belikan ?” Zaim tersenyum dan mengangguk. “Awak lebih manis bila menutup aurat.”

“Kenapa bagi sembunyi-sembunyi ?”

“Saya takut awak tak suka.”

Ain berdiri menghadap pantai. Seketul batu dibaling secara menyenget ke tengah lautan. Batu itu tidak terus tenggelam, tetapi melambung-lambung sebanyak tiga kali sebelum betul-betul tenggelam. Zaim mencebik. Nak tunjuk terror lah tu..

“ Awak ingat tak dulu, masa awak berjalan balik dari pantai, kenapa awak lari bila saya tegur awak ?”

Entah mengapa, perbualan yang seakan rancak sebentar tadi tiba-tiba menjadi sepi. Kali ini jedanya lebih lama. Zaim memberanikan diri untuk memecah kesunyian. Nafas ditarik dalam-dalam.

“Saya sukakan awak.”

Entah dari mana datangnya keberanian itu, Zaim sendiri tidak tahu. Sebetulnya, itulah sebab mengapa dia tidak mampu untuk mendepani gadis itu. Kedatangan Ain membuatkan dia menjadi seorang yang pendiam. Bila berhadapan dengan gadis itu, serta-merta semuanya tidak kena. Serba-serbi kucar-kacir. Suatu perasaan aneh menyerbu sekepal hati. Kata orang, bila kita sukakan seseorang itu, kita akan berubah watak. Menjadi seorang pelakon yang cuba untuk menafikan perasaan sendiri.

“Apa ?” Ain tidak pasti apa yang didengarnya tadi.

Zaim menarik segumpal nafas. Kemudian menghembus halus. Kali ini Zaim mendepani pula Ain. Matanya tepat memandang anak mata Ain. Ah..mata yang cantik seindah nama pemiliknya. Dalam diam Zaim memuji-muji Ain. Segala pujian adalah milik Penciptanya.

“ Awak..berpaksikan bumi Tanjung Dawai, bersaksikan air Pantai Merdeka, muara Sungai Merbok dan tingginya Gunung Jerai ini, saya nak beritahu yang saya cintakan awak.”

Ain terlongo disurup rasa kaget. Kemudian, lambat-lambat dia menyungging senyum. ‘ Kisah ini akan bersambung.’ Detik hatinya.

-Tamat-

12 comments:

  1. panjang kisah ni :)
    salam ziarah dari bumi Nottingham UK

    ReplyDelete
  2. thanks sudi jengah blog ni..
    saya baru berjinak-jinak dlm dunia penulisan..masih bertatih

    ReplyDelete
  3. cerita yg best.. tp watak banyak sangat so.. orang kurang fokus.. walau camne pon.. best!! :D nak lagi ek.. hehhee

    ReplyDelete
  4. mcm cita psal diri sendiri je lelaki bernama 'zaim' tuh...hihihi

    ReplyDelete
  5. sYLaR: watak2 tu among our utpian friends jugak...huhu

    ReplyDelete
  6. Puteri0409: ooh, ini cerita sekadar rekaan saja. thnx for reading ya!

    ReplyDelete
  7. sweetnye.....cinta pantai merdeka..

    ReplyDelete
  8. mm..nice try...^^
    teruskan berkarya!

    ReplyDelete
  9. Cinta Pantai Merdeka..haha~ :D

    ReplyDelete
  10. my friend, i think i know sejarah pashmina tu. hua3. but dh jd sejarah kan? pity. i really hope that u and her will have 'something' in between, seriously. btw, as ur fellow writer, cerita ni dh best. and i really enjoy ur style of writing, something yg aku sndiri akan cari bila membaca karya org lain. ^^ but, elakkan guna nama yg sama dlm cerita berlainan. ni bukan nasihat aku, tp nasihat penulis berpengalaman. x ingatlah sapa, sharifah abu salem rasanya. now u know why i had a difficult time when i write, because of the names. hahaha! anyway, keep writing! ^^

    ReplyDelete
  11. aq sllu ckp bnda ni bla main gme j.. tp hrini nk type kt sini gak... ahaha NICE~~~!

    ReplyDelete