Monday, July 12, 2010

Cerpen: Aku Bukan Siapa-Siapa

= sebuah cerpen ketika boring dan x ada idea...


Aku tak pernah minta dilahirkan sebegini dan melalui kehidupan seperti yang aku lalui kini. Mungkin itulah kitaran alam. Bagai roda yang berputar, adakalanya kita di atas, adakalanya kita di bawah. Aku juga seperti itu, pernah mengecapi saat kemanisan hidup, hidup mewah, dimanja dan dibelai serta menjadi rebutan. Segala-galanya indah sehinggalah datang satu detik di dalam hidupku yang meragut kesemuanya. Semuanya kerana insan yang bernama…L.E.L.A.K.I !!!!

Mungkin lebih tepat lagi aku menggelarkan mereka sebagai lelaki durjana dan keparat. Setelah tubuhku diratah hidup-hidup, aku dibiarkan terkapai-kapai. Aku dicampakkan di tepi jalan tanpa ada sekelumit pun rasa simpati. Dan kini, menangis air mata darah sekalipun tiada gunanya. Tiada yang akan berubah kerana selamanya aku akan begini. Aku semakin lelah dalam usia yang semakin dimamah waktu. Kudratku sangat terbatas. Hanya ajal yang mampu menghentikan penderitaan yang aku tanggung, dan aku redha andainya ajal itu kunjung tiba.
----------------------------

Sebelum aku bercerita dengan lebih lanjut, biarlah aku ceritakan sedikit tentang latar belakangku terlebih dahulu. Aku berasal dari sebuah provinsi di daerah Jawa Tengah, Indonesia. Sedari kecil lagi, aku tidak mengenal kedua-dua orang tuaku. Aku memang dilahirkan sebagai yatim piatu, dan ini sedikit sebanyak telah menyebabkan aku terpaksa hidup berdikari. Aku dibela oleh seorang taukeh Cina yang sangat kaya namun tidak mempunyai isteri mahupun anak. Aku harus berterima kasih kepada taukeh Cina tersebut kerana biarpun aku tidak lama di bawah jagaannya, namun taukeh Cina tersebut telah menjaga aku dengan sangat baik. Makasih ya tuan!

Seiring dengan peningkatan usia, aku telah membuat keputusan untuk berhijrah. Aku sedar, aku tak mungkin selamanya berada di bawah jagaan orang lain. Aku ingin merasa hidup berdikari atas hasil usaha aku sendiri. Maka pada suatu hari, ketika taukeh Cina tersebut melawat ke asrama yang menempatkan aku, aku mengambil keputusan untuk berbicara bersamanya.

“ Tuan.”

Aku menegur taukeh Cina tersebut, malangnya dia buat tidak peduli dengan teguran aku sebentar tadi. Dia berjalan terus ke pejabatnya, namun tidak lama kemudian aku lihat dia berpatah balik ke arah aku. Aku tersenyum.

“ Tuan, izin saya bicara sebentar sama tuan.” Tiada respons, tetapi aku meneruskan butir bicara yang seterusnya. “ Saya mahu memberitahu tuan yang saya ingin berhijrah ke Jakarta pada esok hari.”

Sekali lagi tiada respons, namun kali ini aku lihat ada senyuman terukir di bibirnya. Dia mencatitkan sesuatu pada buku notanya sambil membelek-belek tubuhku. Akhirnya, taukeh Cina itu bersuara juga.

“ Aku akan hantar kau ke Malaysia, ke Kuala Lumpur.”

----------------------------------

Aku sampai di Kuala Lumpur setelah beberapa hari di dalam perjalanan yang aku kira begitu melelahkan. Aku tak pasti sama ada kedatangan aku ke Kuala Lumpur ini adalah secara legal ataupun illegal. Aku tak tahu siapa yang menguruskan semua urusan dokumen perjalanan aku ke sini. Aku tak tahu apa-apa. Yang aku tahu, sebaik aku tiba di sebuah pelabuhan di Melaka, aku dijemput oleh seorang lelaki Melayu berusia separuh abad untuk menaiki sebuah kereta mewah menuju ke Kuala Lumpur.

Bermulalah episod kehidupan aku di bandaraya Kuala Lumpur. Perjalanan yang jauh beribu batu seolah tidak berbaloi apabila aku mengetahui yang sebenarnya aku dijual kepada seorang bapa ayam. Bapa ayam itu merupakan pemilik sebuah kelab malam di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Rupa-rupanya bukan aku seorang sahaja di sini, malahan terdapat banyak lagi yang senasib denganku. Ada antara mereka yang datang dari Indonesia, China dan Thailand.

Aku dikurung di dalam sebuah bilik kaca yang sempit. Bersama dengan aku adalah seorang teman dari Thailand. Kami banyak berkongsi pendapat dan berbual mengenai nasib kami. Rupa-rupanya teman aku dari Thailand ini turut mengalami nasib yang lebih kurang sama dengan aku. Dia juga yatim piatu dan kehidupannya amat susah di negara sendiri. Dengan alasan yang sama untuk berhijrah dan mencari rezeki, akhirnya dia dihantar ke sini tanpa kerelaan.

Hampir seminggu juga lah aku dikurung di dalam sebuah bilik kaca di kelab malam ini sebelum seorang lelaki bernama Jefry datang untuk ‘membeli’ tubuhku. Pertama kali aku melihat wajah Jefry, aku sudah terpana. Aku seolah-olah sudah jatuh cinta dengan wajah kacak Jefry. Aku tak pasti mengapa walaupun aku tahu lelaki ini sudah pasti berniat jahat terhadap diriku. Aku lihat Jefry menghulurkan wang RM 5 kepada bapak ayam tersebut sebelum tubuh aku menjadi miliknya. Semurah itukah harga diri aku? Sakitnya hati aku bila diri ini dijadikan alat jual beli.

Sangkaanku terhadap Jefry sebelum ini meleset sama sekali. Jefry amat romantik orangnya. Pertama sekali berada di samping Jefry, aku dikucup mesra. Tubuhku yang putih gebu ini dibelai dan diusap dengan manja…ah, aku sungguh sudah jatuh cinta dengan Jefry!

Jefry membawa aku ke satu ruang terbuka yang dipenuhi dengan ramai manusia yang dahagakan hiburan. Diiringi dengan muzik rancak yang bergema, Jefry kelihatan hanyut dengan tarian rancaknya. Aku turut sama mengikuti langkah tariannya. Inikah yang dikatakan keseronokan? Kebebasan?

“ Jef, bagi la sikit. Takkan kau nak melantak sorang-sorang kau aja!” Tiba-tiba datang seorang lelaki berkumis tebal menepuk bahu Jefry. Kalau ingatan aku tidak silap, lelaki ini bernama Kassim.

“ Sorry beb..kalau kau nak...kau pergi ar beli sendiri dekat bapak ayam tu. Apa kes kongsi-kongsi ni. Gua tak main la beb.” Balas Jefry sambil terus memegang kejap tubuhku ke dada sasanya. Sungguh aku berasa selamat berada di dalam pelukan lelaki ini.

“Berkira dowh kau.” Kassim masih tak puas hati.

“ Wassup guys? Apa kes kecoh-kecoh?” Datang pula seorang lelaki lain yang turut bernari shuffle di arena terbuka ini. Lelaki ini bernama Arthur.

Jefry masih ligat mengikut irama rancak yang dipasang sambil aku masih kejap di dalam pelukannya. Soalan yang ditanya oleh Arthur sebentar tadi dibiarkan tidak berjawab.

Akhirnya, Kassim yang masih tak puas hati yang menjawab soalan itu.“ Si Jef ni, kau tengoklah tu, dengan aku pun nak berkira. Aku nak mintak sikit je pun, tapi kedekut tahik idung masin!”

“ Menatang sundal tu?” Soal Arthur balik.

Dia panggil aku menatang sundal? Berdesing telinga aku mendengar ayat yang diucapkan Arthur. Sakitnya hati aku bila dipanggil dengan panggilan yang menghina. Namun aku buat tidak peduli kerana di sisi aku sekarang ini adalah seorang lelaki yang begitu menyayangi diri aku dan aku juga turut menyayangi lelaki ini.

“ Yelah. Apa lagi?” Jawab Kassim semula.

Aku lihat Arthur menghampiri ke arah kami berdua.“ Alah, rilek la bro. Come on, sharing is caring.”

Arthur cuba menyentuh bahu Jefry, namun segera ditepis pantas oleh Jefry. “ Caring kepala hotak kau!” Hambur Jefry. Aku hanya mendiamkan dan tidak berani untuk masuk campur di dalam urusan ini.

“ Jangan berkira beb.”

Arthur masih belum berputus asa. Sekali lagi dia cuba untuk menyentuh bahu Jefry. Namun tindakan refleks daripada Jefry menyebabkan Arthur terjatuh di lantai disko. Aku dapat mengagak akan berlaku pergaduhan sebentar lagi dan ternyata tanggapan aku langsung tidak silap!

Arthur pintas bangun dan terus menumbuk Jefry di bahagian muka menyebabkan darah merah mengalir laju menuruni hidung Jefri. Ingin saja aku menyeka darah merah yang mengalir itu tetapi hasrat aku tidak kesampaian apabila Jefry menyeka sendiri darah itu dengan hujung lengan bajunya.

“ Kau jangan nak cari nahas!” Jefry memberi amaran.

Jefry sudah berkira-kira untuk menumbuk kembali Arthur tetapi sempat dihalang oleh Kassim.

“ Orait-orait, cool down guys. Tak kan sebab menatang sundal ni kita nak gaduh sesame kita? Malu dekat orang beb!”

Keadaan seakan reda seketika. Aku masih di sisi Jefry dan mendiamkan diri. Namun aku tiba-tiba terkejut apabila Jefry mencapai tangan Kassim lalu menyuruh Kassim memegang tubuhku.

“ Korang nak sangat kan? Ambiklah. Aku dah tak ada mood. Korang dah rosakkan mood aku malam ni. Fuck off!!” Hambur Jefry geram sambil meninggalkan disko .

Aku tergamam. Sampai hati kau Jefry tinggalkan aku di sini. Aku tak tahulah apa nasib yang bakal menimpa aku selepas ini. Seperti kata orang, harapkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Anganku bersama Jefry musnah, lantas aku terkapai-kapai tanpa nasib yang pasti.

Aku kini berada di dalam genggaman Kassim. Tubuh gebuku disentuh dan diraba-raba tanpa kerelaanku. Tiada langsung kelembutan pada setiap sentuhannya, seperti mana Jefry memperlakukan aku. Aku menangis mengenangkan Jefry yang sudah pergi, aku marah terhadap kekasaran yang dilakukan oleh Kassim. Aku benci kedua-dua lelaki ini.

“ Wei, jom lepak dekat luar lah.”

Kassim mengajak Athur keluar dari disko dan Athur hanya mengikut langkah rakus Kassim yang turut mengheret tubuhku keluar dari sini. Sampai di satu lorong gelap langkah dihentikan.

“ Kau pegang dulu.”

Kassim menyerahkan aku kepada Arthur. Aku ingin menjerit tetapi siapalah yang sudi mendengar jeritan aku nanti? Siapa yang akan datang menolong aku? Tiada sesiapa!

Arthur turut memperlakukan aku sebagaimana Kassim memperlakukan aku sebentar tadi. Aku benci pandangan lelaki ini yang penuh bernafsu. Aku tidak sekadar disentuh dan diraba-raba, malah turut dicium bertalu-talu.

“ Wanginya bau!”

Aku rimas dengan ciuman yang rakus ini. Aku cuba meronta tetapi apalah daya aku, genggaman tangan sasa milik lelaki durjana ini begitu kejap untuk dileraikan. Air hangat mula menitis laju. Aku meraung. Ya Tuhan…..betapa sakitnya rasa ini. Tubuhku seperti dibakar-bakar. Dibakar dengan keadaan aku yang masih bernyawa. Diperlakukan seperti binatang tanpa ada rasa belas kasihan. Dan tanpa kerelaan.

Arthur semakin rakus meratah tubuhku tanpa mempedulikan langsung rayuanku. Kini tiba pula giliran Kassim. Sekali lagi aku diperlakukan dengan kejam. Rasa sakit yang tiada perinya dan aku pula semakin lemah dan lelah. Akhirnya aku tersungkur dan lemas dalam nafsu buas Kassim.

“ Masyuk beb!” Tukas Kassim kepada Arthur setelah aku kira tubuhku puas diratahnya.

“ Jomlah masuk balik ke disco. Baru datang balik mood aku ni.”

“ Hahha, aku ingat nak cari lagi satu. Kau ada duit tak?” Soal Kassim.

Arthur menyeluk koceknya. “ Cukuplah kot lima ringgit ni.”

“Cukup…jom.”

Tubuhku dilemparkan di penjuru jalan. Sakitnya rasa bila tidak cukup dengan itu, aku turut dipijak dan dihenyak-henyak. Rasa bagai sudah terpatah tulang rusukku ini. Badanku juga sudah lasam jadinya. Maka terdamparlah aku di sini, di sudut hujung dunia yang begitu kejam bagiku. Walau sesingkat waktu cuma aku di bumi Kuala Lumpur, namun ia telah menjadi saksi di mana kesucianku telah diragut oleh insan-insan yang bernama lelaki D.U.R.J.A.N.A!

--------------------------------------

Hari sudah beransur siang. Sinar mentari mulai perlahan-lahan meningkah alam. Derap-derap kebisingan kota Kuala Lumpur mula membingitkan halwa telinga. Perlahan-lahan aku terjaga dari tidur yang pulas. Menyilau mata aku, pekak telinga aku. Aku masih terdampar di sini, masih meratapi dan menangisi nasib diri. Tiada sesiapakah yang simpati dengan diri aku?

Aku ibarat habis madu sepah dibuang. Dulu ketika aku masih cantik jelita, aku didamba. Ketika kulit aku masih gebu, masih putih bak salju, aku dimanja, dibelai dan disayangi. Malah keberadaan aku walau sesingkat waktu cuma, tidak hanya digilai, malah sering menjadi titik tolak perbandingan bagi yang lainnya, sehingga aku menjadi rebutan dan mampu mencetuskan pergaduhan bagi mereka yang ingin memiliki aku. Hebat bukan aku?

Kalau mampu aku ungkapkan dengan kata-kata, itulah ‘zaman emas’ aku. Namun ada apa dengan kehebatan itu jika kini kesudahannya adalah ‘keperitan’? Hidup aku kini ibarat melukut di tepi gantang dengan nyawa yang hanya tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja menanti untuk dijemput oleh malaikat maut.

Apa yang aku coretkan di sini, bukanlah untuk meraih simpati, jauh sekali untuk mendapatkan belas kasihan dan ihsan. Mungkin sedikit sebanyak coretan aku ini akan memberikan kalian pengajaran dan membuka minda kalian agar tidak berfikir secara rigid dan statik dengan pandangan yang stereotaip terhadap sesuatu perkara, terutama sekali terhadap apa yang berlaku kepada diri aku.

Aku yakin kalian mampu berfikir secara waras dan bijaksana. Ambillah ikhtibar dan pengajaran dari kisah hidup aku. Dan bagi aku sendiri…aku sudah tidak kisah lagi dengan hala tuju hidup aku selepas ini. Aku mungkin akan selamanya terdampar di sini tanpa akan ada seorang pun yang sedar akan kehadiran aku di sini. Dan sekali lagi aku ulangi bahawa…aku tidak kisah pun kerana aku sedar, aku bukan siapa-siapa, aku hanyalah sebatang rokok yang menanti detik-detik terakhir hidup aku. Aku hanyalah sebatang rokok.

Dan kini aku menangis lagi....

-Sekian-

Nukilan: Adli
Copyright: Billy Zulkarnain

9 comments:

  1. apesal die x nak larikan diri mase org gaduh2? hehe.. ape jd pas die da terdampar kt tepi jalan?insaf x?

    ReplyDelete
  2. haha..apakan daya dia
    dia hanya sebatang rokok yg tak brkaki

    huhu..sbuah cerita yg agak mengarut

    =))

    ReplyDelete
  3. tu r pasal.. ayat best gler tp rupenye rokok kan.. adoi.. hahaha :P

    ReplyDelete
  4. owh!kesian rokok tu..hakhak!

    ReplyDelete
  5. wahahaha! aku dah agak dah mesti benda. lain macam je description hang. hua3. teringat karangan sekolah rendah. aku sebatang rokok. bagus3. mmg suspens habis. hahaha ^^

    ReplyDelete
  6. Memiliki rencana judi olahraga http://www.daftar-pokeronline.net/ online yang fantastis dapat memberikan suplemen http://www.idnpoker99apk.org/ nutrisi yang fantastis untuk sumber pendapatan harian seseorang dan juga pertumbuhan internet. Buku-buku olahraga http://www.idnpokerunited.com/ menyajikan para petaruh di suatu tempat untuk http://www.poker-idnplay.org/ menghasilkan taruhan mereka. Hal pertama adalah menemukan publikasi taruhan olahraga online yang paling cocok. Dengan semua pilihan ini, jelajahi http://unitedpoker99.com/ buku olahraga yang Anda lihat. Cari tahu persis apa yang diperlukan untuk menyetor modal, info apa yang mereka inginkan, dan mungkin beberapa pendapat tentang buku olahraga seperti itu dari forum komunitas perjudian olahraga.

    ReplyDelete